Followers

Wednesday, January 19, 2011

KESALAHAN DITEGUR RASULULLAH S.A.W

Suatu malam, Ismail al- Adawiy bermimpi dan mimpinya itu sangat mengembirakannya pada keesokan harinya sehinggakan isterinya sedar akan perubahan suaminya tetapi isterinya tidak tertanya mengapa. Lalu, Ismail mendekati isterinya dan menceritakan bahawa seseorang yang TERSANGAT ISTIMEWA telah datang mengunjunginya, iaitu kekasih Allah, Rasulullah s.a.w.

Cerita Ismail, Rasulullah ada memberi beberapa pesanan, dan salah satunya, Rasulullah s.a.w telah menyuruh Ismail menghadap penguasa Basrah, Sultan Isa Bajan dan menulis sepucuk surat bagi menceritakan apa yang berlaku pada dirinya semalam. Ismail terus mendapatkan pena dan kertas untuk menulis.

Setelah selesai menulis, Ismail terus mengahadap raja. tersangatlah debar hatinya kerana tidak pernah ke istana raja. Apabila Ismail tiba di hadapan istana sultan, dia lantas menemui pegawai istana yang bertugas.

"bolehkah sekiranya tuan sampaikan surat ini kepada tuanku? sesungguhnya surat ini amat penting."
pegawai menyoal " apakah yang sangat penting sehingga ia perlu segera sampai kepada tuanku? tahukah kamu tuanku amat sibuk dengan urusan negara?"

Ismail cuba menerangkan bahawa surat itu adalah rahsia yang sangat perlu tuanku ketahui dan dia meyakinkan pegawai tersebut bahawa tuanku tidak akan marah di atas gangguan menyampaikan surat ini. Pegawai cuba menegaskan lagi bahawa sultan sedang bermesyuarat dan dikhuatiri sultan akan murka. Ismail memujuk          
"khalifah Umar al-Khattab turun menjengah apabila mendengar rintihan rakyatnya, begitu juga Khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah kini apabila seorang rakyat sahaya yang datang menghadap, tuanku tidak sudi mendengarnya? Sultan Isa Bazan seorang pemerintah yang baik dan kuat beribadah. Kamu pasti mengerti selepas surat ini sampai kepada tuanku."

Selepas berkali-kali memujuk, akhirnya pegawai istana bersetuju walaupun dengan hati yang berat. Sultan yang sedang bermesyuarat bersama menteri-menteri lain, berhenti seketika apabila surat ini sampai kepadanya dan tiba2 tangan tuanku menggeletar. Semua yang hadir terpegun dengan kelakuan tuanku namun tiada yang berani bertanya. 

Kemudian tuanku bertitah kepada pegawai " daripada siapakah kamu mendapat surat ini??"
pegawai istana kecut perut melihat riaksi sultan dan menjawap " saya mendapatnya dari seorang lelaki yang bernama Ismail. Dia sekarang berada di pintu masuk istana tuanku"

"jemput Ismail masuk menghadap. Mesyuarat ini kita tangguh dahulu. Beta ada hal yang lebih mustahak mahu diselesaikan" titah raja. Baru sahaja pegawai hendak melangkah keluar, sultan tiba2 berubah fikiran dan bertitah lagi, "janganlah kamu memanggilnya, adalah lebih cepat sekiranya beta yang pergi kepadanya dan menjemputnya sendiri. Sediakan wang sebanyak empat ratus dinar"

Mereka yang berada di situ tercengang dan kehairanan dan ada antara mereka beranggapan tuanku mendapat ugutan bunuh tetapi disangkal oleh menteri yang lain. Mereka akhirnya memilih untuk menunggu dan melihat kesudahannya.

Dipendekkan cerita, Ismail yang sedang menunggu berasa pelik melihat segerombolan manusia menuju ke arahnya, dan dia amat terkejut Sultan Isa Bazan sendiri muncul mengahdapnya, di tangannya ada surat yang diberikan tadi.

Sultan lantas bertitah " Adakah kamu, Ismail?"
Ismail menjawap ringkas sambil bergetar2 suaranya " benar tuanku"
"mari ke sini, ini adalah pemberian saya untuk kamu" titah raja seraya menyerahkan uncang berisi 400 dinar kepada Ismail selepas mereka bersalaman.
dalam kebingungan, Ismail berkata " Terima kasih di atas pemberian tuanku, hanya Allah yang mampu menilai dan membalasnya dengan setimpal kelak".
"tidak mengapa wahai Ismail, cuma beta ada beberapa persoalan dan beta harap kamu menjawapnya dengan jujur". Ismail menjawap " Insyaallah tuanku, saya cuba menjawapnya dengan jujur".
"Mengapa surat kamu berbunyi begini?"

"Tuanku sudah melakukan solat sunat setiap malam seratus rakaat dan pada setiap malam jumaat empat ratus rakaat. Namun pada malam jumaat sudah, tuanku sudah meninggalkan empat ratus rakaat yang sepatutnya dilakukan. Oleh yang demikian, tuanku dikifarahkan sebanyak empat ratus dinar di atas kelalaian pihak tuanku dan duit itu perlu diserahkan kepada pembawa surat ini".

Sultan Isa Bazan menyambung, " bagaimana mungkin kamu mengetahui beta sudah terlalai daripada mengerjakan solat sunat 400 rakaat pada malam jumaat sudah sedangkan tiada siapa tahu berkenaan amalan beta  itu melainkan Allah sahaja?"
"sebenarnya saya juga tidak tahu perihal amalan tuanku itu, hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Namun semalam, seusai bertadarus, saya tertidur dan dalam tidur itu saya didatangi sesusuk makhluk Allah yang paling mulia"

Terbeliak mata Sultan Isa Bazan mendengar penjelasan Ismail. Mereka yang mengiringi beliau ketika itu juga khusyuk memberi perhatian pada perbualan itu. Beliau lantas menyoal Ismail, "siapakah orang yang dimaksudkan kamu, wahai Ismail?"

"Orang mulia itu ialah Nabi Muhammad"

"benarkah kata-kata kamu ini, wahai Ismail?"

"tidak syak lagi tuanku. Rasulullah yang meminta hamba datang menghadap tuanku dengan menulis surat nerkenaan perkhabaran itu"

Sultan Isa Bazan kelihatan sungguh kagum dan terharu, hampir sahaja menitiskan air mata. "Kamu seorang yang istimewa dan bertuah. Saban hari beta beribadat dan berharap supaya berjumpa Rasulullah tetapi tidak kesampaian. Namun akhirya Rasulullah menyampaikan pesanan melalui kamu".

"Sungguh, kamu tidak berbohong. Saya yakin kamu juga bukan orang biasa-biasa melainkan darjat dan makam kamu sungguh mulia di sisi Allah dan rasulNya. Maha suci Allah dan maha benar utusannya Nabi Muhammad s.a.w, saya amat terharu Rasulullah menegur sendiri kelalaian saya. Saya berjanji tidak akan meninggalkan ibadat-ibadat itu lagi".

Thursday, January 13, 2011

TIADA LAGI DIA YANG DULU...

Suatu ketika dahulu...

Jika aku hendak pergi kemana sahaja,
pasti dia yang akan menghantar & menjemputku,
dia akan sentiasa menelefonku jika aku berada di luar..
hinggakan sahabat2ku sering menganggap dia ayahku.

Dahulu...

Segala barang-barangku dari sebesar-besar benda sehingga sekecil2nya,
dia akan memilihnya untuk aku.
kadang2 aku dimarahinya kerana membeli barang
yang tidak secocok atau sesuai denganku.


Dahulu juga...

Kalau aku dari DQ nak berjumpa dengannya di MID,
dia mesti menungguku di tren dan apabila aku berada di dalam tren,
dia selalu bertanya "kat mane tu??", "dengan sape??", " duduk ke berdiri??"
risau dia kalau2 aku berdiri di dalam tren dalam keadaan aku dihimpit2
disebabkan satu kejadian buruk yang pernah berlaku pada aku sebelum ni.

Dan dahulu...

Jika aku ingin menaiki bas,
dia akan mengahntar aku ke stesen bas,
bukan setakat sampai stesen, dia akan hantar aku sampai ke atas bas,
dan akan pastikan aku duduk dengan selesanya di tempat dudukku.
dia juga akan menunngu bas bergerak, barulah dia akan pulang.

KINI...

Aku perlu bangun dari lenaku,
Aku perlu sedar bahawa semua itu tidak kekal.
Aku perlu belajar dari sekarang untuk BERDIKARI.
Aku perlu redha dan lepaskan 'dia'...
walaupun sebenarnya AMAT2 SUKAR bagiku..
kerana kini..
dia sudahpun berkeluarga,,
sudah lama sebenarnya ingin meluahkan di sini,
tetapi aku sentiasa menunggu 'dia' itu akan kembali seperti dahulu..
TETAPI,,,
tidak......'dia' tidak akan kembali lagi...
hanya satu doaku padanya,
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERI KEBAHAGIAAN PADANYA..
eza SAYANG ude sangat2...
terima kasih atas apa yang da ude buat pada eza selama ni..
xde siapa yang bole jaga eza macam ude jaga eza
INSYAALLAH, selamanya akan eza ingat...:'(

Sunday, January 2, 2011

HUKUM TENGOK WAYANG

HUKUM TGK WAYANG

by Nur Zulaikha Tusiran Al-hazeenillah on Tuesday, December 7, 2010 at 11:18pm
بسم الله الرحمن الرحيم
ya ALLAH,moga note ku ini dpt merungkai masalah  aku dan sahabat2ku mengenai hukum tgk wayang ..

~~wayang????~~
sememangnya  satu bentuk hiburan yg HOT pd masa kini..
tp adakah kita aware dgn pelbagai pendapat mengenai hukum tgk wayang???
sblm ini pon,saya masih tertanya-tanya  apakah hukumnya..akn tetapi  saya telah diajar dgn mengatakn hukum tgk wayang itu HARAM..

tp kenapa???
mengikut pendapat ustaz saya...sesungguhnya di situlah tempat berhimpunannya segala maksiat disitu...maklumlah suasana yg gelap menginduce lg mereka utk berkelakuan tidak senonoh(Nauzubillah)

namun, terdapat pelbagai pihak yg berkata,"ak tgk wayang sbb nk release tension dan bknnya nk wat benda tak bermoral tue"...itulah kata kebanyakan org..
malah...
ade yg berkata"bagaimana kalau saya tengok wayang bersama family???" adakah hukumnya masih HARAM!!!

wallahu'alam~~

maka pada hari ini,saya terpanggil utk BERKONGSI pendapat oleh Syeikh Dr Yusuf al-QaradhawI (ulamak tersohor dunia) mengenai hukum tgk wayang~~
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :

لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.(tidak pasti maksudnya ape,mohon penjelasan drpd sahabat2 yg lbh mengerti,syukran..)

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memanafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya dgn  menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

kesimpulannya,Beliau berpendapat umat islam diHARUSkan utk menonton wayang selagi tidak melanggari 3 syarat tersebut..namun,byk lg hujah2 yg dipertikaikan oleh ulamak2 mengenai hukum ini~~saya berharap dgn pendapat tersebut dpt memberi guideline kpd kita semua dlmpemilihan wayang2 yg hendak kite tonton...

Segala yg baik itu dtgnya drpd ALLAH,dan segala kelemahan dan kesilapan itu dtgnya drpd saya...wallahu'alam..

sumber ini telah diterjemahkan daripada :
http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=3589&version=1&template_id=232&parent_id=17






TENGOK WAYANG NAK??


Suatu ketika dahulu, waktu aku di sekolah menengah (cuti sekolah ),
aku pernah diajak oleh ude ( abang pertama ) pergi menonton wayang bersama emak dan syafiq (adek). 
( cerita : Jangan Pandang Belakang )
waktu tu, aku rasa senang untuk menerima ajakan ude sebab waktu tu belum
bertubung labuh.
Lagi satu, sebab dengan family kan, mestila boleh.( tanggapan aku ).
Pada petang itu, aku pun pergi tengok wayang bersama ude, emak n & syafiq.

sewaktu di asrama (kira dah habis cutila ),
pada waktu maghrib biasanya akan diadakan kuliah maghrib 
dan akan menjemput ustaz/ustazah untuk memberi ceramah.
Tiba2, sewaktu sesi soal jawap bersama ustazah, ada seorang pelajar bangun dan bertanyakan soalan.
"ustazah, apa hukum tengok wayang, walaupun dengan keluarga??"
Ustazah terus menjawap, "HARAM, tengok wayang walaupun bersama keluarga"
dan seingat aku ustazah memberi amaran kalau2 ada pelajar SMAKJ yang pergi, "siaplah!!"
Tersentak aku mendengar ustazah berkata begitu.
Sejak hari itu, aku nekad x nak dah pergi lagi walaupun dengan keluarga.
AKU NEKAD!!

....................................................

Sejak aku dah masuk CFS ni, Alhamdulillah, kejadian ni x pernah berulang lagi
sehinggalah aku menjejakkan kaki ke UIA GOMBAK,
minggu lepas aku balik ke rumah ude di Cheras Jaya.
Sampai je di rumahnya, ude berkata " eza, nak pegi tengok wayang x??eza belanja syafiq tiket eh??"
huis...terkejot aku ude tanye macam tu. x tahu nak jawap apa. 
aku diam seketika. ude sambung lagi " ude belanja emak, eza belanja syafiq, ok x???"
alamak....ude tanye lagi. dan aku diam lagi.

Aku pun mencapai handphone, & menaip mesej untuk bertanya kepadaseorang kawanku,
dia pulak x balas2, ude sudah beberapa kali melihat ku x tentu arah.
aku pun pergi naik ke atas untuk solat ASAR, 
setelah solat, emak datang kepada ku dan bertanya

emak      : eza x nak pergi ke??
aku         : xnak la mak, ayah bagi mak pegi ke??
emak      : emak x kesah je, x pergi pun xpe, ude tu ha yang ajak..eza x nak teman mak ke??

emm, aku pun berfikir seketika. 

aku        : ha mak, ape kate, kite ajak ayah makan luar je, nanti mesti ude x jadi ajak pergi tengok wayang
emak     : eza la cakap dengan ayah
aku        :  ok, eza cakap

 aku pun turun ke bawah semula dan duduk di sebelah ayah.
aku x tahu nak cakap macam mana, sebab ude ada di sebelah, 
duduk atas kerusi.
aku pun datang dekat pada ayah dan berbisik
" ayah, jomla malam ni kita makan luar, nanti ude x ajak tengok wayang"
ayah : " x dengarla..."
emh..aku mencapai hp, n taip mesej dan aku bagi ayah baca..
ayah pun bersuara " xnak makan luar malam ni??"
huh, dah rasa lega sket.
ude pun jawap " la,,makan luar eza bile2 bole ude nak ajak, tengok wayang xsempat..
tinggal esok je"
huh,,x sangke aku jawapan ude..
bertambah lagi kegelisahan aku.

aku pun bertanya seorang lagi sahabatku,
Alhamdulillah, kali ni sahabat yang ini menjawap.
dia kata boleh pegi tengok wayang bersama keluarga.
aku pun dengan rase x sedap hati, menjawap pada ude " eza pegilah ude"
hu..xsedap sungguh rasa hati..tapi mengenangkan emak dan ude, 
aku pergi jugak akhirnya..

ude pun terus mencapai kunci kereta untuk pergi membeli tiket.
dalam masa yang sekejap sahaja, ude balik.
bersyukur x terhingga aku bila ude kate "xde rezeki la..tiket da habes"
Alhamdulillah, aku berkata dalam hati dan tersenyum.
hati ku kembali senang...=)

hari ini, sedang aku membaca wall fb, aku melihat satu note,
HUKUM TENGOK WAYANG.
dan aku nak kongsikan di POST SELEPAS INI buat siapa2 yang bermasalah macam aku..
sila lah baca ye sahabat2..
SEMOGA BERMANFAAT PADA KALIAN..














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...