Followers

Thursday, March 31, 2011

BERKELAH DI TANJUNG SEPANG BERSAMA KELUARGA!!

Bismillah..
Alhamdulillah, Allah masih berikan saya nafas untuk hidup dan syukur saya kepada Allah memberikan nikmat keluarga pada saya..keluarga yang bahagia, yang tidak pernah jemu memberi semangat kepada saya..

pada hari sabtu yang lalu, kami telah berkelah di TANJUNG SEPANG, berdekatan dengan desaru..
seronok sangat2 bersama keluarga, lagi2 sebelum bersediap sedia untuk exam final=)

 setibanya di TANJUNG SEPANG...

IQBAL & HADIF


 LUNCH TIME....=)



 GAMES..=)

SESI PENYAMPAIAN HADIAH....=)

Saturday, March 19, 2011

HIDAYAH PERLU DICARI BUKAN IA MENCARI



Dalam post kali ini saya ingin berkongsi perkongsian yang dikongsi oleh BOB LOKMAN dalam kehadirannya di UIA minggu lepas.=)

Kita tertanya2 mengapa dan bagaimana beliau boleh menjadi seperti sekarang. Kita sering mengatakan hidayah itu sememangnya dari Allah, Dialah yang memilih siapa yang Dia kehendaki untuk diberikan hidayah. Tetapi, saya hendak menunjukkan di sini bahawa hidayah,  manusialah yang perlu  mencarinya, bukan hidayah akan bergolek2 datang kepada manusia.

Ini jelas diceritakan oleh BOB LOKMAN dalam ucapannya, “ saya sebelum pergi bekerja, saya solat subuh, wirird, dan saya pergi kerja, saya ingat apa yang saya buat selama ni da cukup”. Ini menunjukkan sebelum BOB LOKMAN menjadi seperti sekarang, beliau sememangnya sudah melakukan kewajipannya kepada Allah seperti yang dilakukan oleh kita, beliau sememangnya meminta kepada Allah supaya menunjukkan padanya jalan yang lurus, supaya segala amalan yang dilakukan setiap hari halal dan diterima oleh Allah. Dari ucapannya juga, saya boleh tahu bahawa beliau telah lama menambah bahan bacaannya dalam bidang agama, segala ayat2 yang dituturkannya  saya boleh kira seperti penceramah yang sudah lama berkecimpung dalam hal2 agama, seperti tidak percaya yang beliau pernah berkecimpung dalam bidang hiburan, Raja Lawak dan sebagainya. Kadang2 saya fikir dia mempunyai ilmu agama yang tinggi daripada saya.

Tetapi dari apa yang saya dengarkan dari ceritanya, sebelum ini, beliau tidak diberikan kekuatan oleh Allah untuk berbuat sedemikian, sehinggalah Allah melihat usahanya untuk mencari hidayah, akhirnya Allah memberikannya kekuatan kepadanya seperti sekarang ini. Maha Hebat Allah. Maha Pengasihnya Allah menunjukkan jalan yang benar kepada hamba-hambaNya.  Tetapi siapakah gerangan hamba-hambaNya yang layak untuk diberikan hidayah?? MEREKA ADALAH GOLONGAN YANG SENTIASA MEMINTA DIBERIKAN HIDAYAH. Tetapi untuk golongan yang sebaliknya, harus (tidak mustahil) juga bagi Allah untuk memberikan hidayah kepada mereka.

Saya tertarik juga dengan apa yang dikongsikan oleh BOB LOKMAN, bahawa menjadikan islam adalah cara hidup bukanlah hanya sebagai ADAT, tetapi sebagai SYARAT UNTUK BERJAYA DUNIA & AKHIRAT. Seperti  yang dikatakan oleh UMAR AL-KHATTAB bahawa Allah memuliakan kita dengan islam dan sekiranya kita mencari jalan yang lain untuk mendapatkan kemuliaan, maka Allah akan menghina kita dan inilah fenomena yang berlaku sekarang. Contoh yang beliau berikan, di tv, “ bagus dah, ada rancangan IMAM MUDA, tiba2 iklan pulak iklan Adibah Noor pasal tuala wanita, baru belajar pasal solat, dah hadas besar dah???”huhuhu..(lawak2)..ADAT asalkan ada rancangan agama. Contoh lainnya, “ dalam sekolah, ada surau, antara sekolah dan surau mana lagi besar?? (jawap kami : sekolah), agak2, berapa kali pelajar2 kene gilir2 nak solat zohor?? ADAT asalkan ada surau...INIKAN YANG BERLAKU SEKARANG??

Kata BOB LOKMAN, sekarang, anak2nya semua dipindahkan di sekolah yang suraunya lebih besar dari sekolahnya. Agak2 sekolah apa?? =) sekolah tahfiz. Semua anak2nya kini bersekolah di masjid mengambil tahfiz. Seronok mendengar perkongsian BOB LOKMAN, tak kering gusi. Itulah kelebihan yang Allah berikan pada makhluk yang satu ini. Inilah salah satu daya tarikan BOB LOKMAN untuk mengajak orang ramai mengikutinya.

Saya ingin menyuarakan pendapat saya apabila melihat scene BOB LOKMAN mengisytiharkan perletakan jawatannya sebagai pengkritik Raja Lawak. Apabila saya melihat di you tube, saya baca komen2 yang ditujukan kepada BOB LOKMAN, ada yang mengutuk beliau, lebih kurang gini ayat dia “ buat apelah nak insaf bagitahu orang2 ramai, sampai naik stage, insaf senyap2 sudahlah!!”. Bagi saya, apabila BOB LOKMAN berbuat sedemikian, saya teringat kisah ASHABUL UKHDUD di mana seorang budak lelaki yang ingin menegakkan kalimah “LA ILA HA ILLALLAH”, di saat beliau hendak dihukum bunuh oleh raja, beliau sempat memberikan syarat kepada raja untuk membolehkan dirinya dibunuh dengan menyuruh raja tersebut mengumpulkan seluruh rakyat dan melontarkan panah sambil berkata “ DENGAN NAMA ALLAH DAN TUHAN BUDAK INI” . Mengapa budak lelaki ini berbuat demikian?? Kerana beliau mahu walaupun beliau mati, tetapi dengan kematiaanya seluruh rakyat menyembah Allah yang Esa. Pada pendapat saya, begitulah jua yang dilakukan oleh BOB LOKMAN. Semoga sesiapa yang melihat scene beliau sedar bahawa HIDUP DI DUNIA HANYALAH PERSINGGAHAN UNTUK KE AKHIRAT YANG KEKAL SELAMANYA DAN JADIKANLAH ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP, AGAR BERJAYA DALAM SETIAPA APA YANG KITA LAKUKAN.

WALLAHUA’LAM.

RABIATUL ADAWIYAH

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat..:)
rase dah  lama tak bagi salam kat sini..menulis ape tah lagi.
nak buat macam mana, orang yang menulis, mesti dia dah tahu apa yang dia nak tulis.
orang yang nak menulis, dia mesti ada benda yang nak ditulis.
nampak sangat saya sudah lama tidak membaca dan menambah ilmu..:(

ape lah nak jadi dengan saya ni..
buku tak dibaca,
ilmu x ditambah,
nak kata ulangkaji untuk final exam pun tak juga..
nak kata sibuk dengan beribadah dan mendekatkan pada diri Allah?? 
hm..lagi lah tidak..

semalam saya tiba2 tersentak melihat buku2 yang ada di rak,
ada yang sudah disentuh, dan ada juga yang belum pernah langsung diselak helaian muka suratnya.
apelah nak jadi dengan saya ni..beli buku banyak2, guna duit mak ayah, tapi tak dimanfaatkan.

ni belum lagi tambah dengan buku yang kene dibaca..
apelah nak jadi dengan saya..

setelah semalam termenung lama melihat buku2 ni, saya terus mencapai buku "RABIATUL ADAWIYAH".
buku yang sudah lama diberi pinjam oleh adik saya 'Aishah Jauharah'.
(sory ye dek lama sangat pinjam, nanti ateh pulangkan).
sebelum ni da stat baca da pun, cuma tak dihabiskan..apelah nak jadi dengan saya ni.
semalam setelah selesai membacanya, terasa hina dan hiba mengenangkan diri yang sangaaaat jauh jika mahu dibandingkan dengan Rabiatul Adawiyah.

Bagaimanakah Rabiatul Adawiyah, seorang wanita, yang mempunyai 9 nafsu tidak langsung melihat kepada dunia walaupun sekelip??
Bagaimanakah Rabiatul Adawiyah, seorang wanita sebatang kara, yang tidak mempunyai apa2, tidak langsung terlintas dihatinya memerlukan rumah yang selesa, sedikit duit untuk makanannya, hatta ingin diberi percuma sekalipun, beliau menolak??
Bagaimanakah Rabiatul Adawiyah, seorang wanita yang cantik lagi solehah, tidak langsung terlintas dihatinya untuk berkahwin, walaupun yang meminangnya seorang raja dan seorang ulama'??

indah sungguh akhlak Rabiatul Adawiyah, seorang wali Allah.
namanya disebut2 oleh semua penduduk Basrah, sehinggakan guru2 yang dahulunya mengajar beliau,
belajar semula daripada Rabiatul Adawiyah.
Beliau hanya sentiasa memikirkan dan merindui Kekasihnya, hingga sanggup menolak apa2 sahaja perkara yang boleh menghalang beliau daripada berhenti sedetik mengingati Kekasihnya.
Mulia, tinggi dan hebat sungguh  seorang wanita ini. 
Tiada lagi  wanita lain yang sanggup menolak kemewahan dunia dan  suami yang 'alim dan mempunyai  pangkat melainkan Rabiatul Adawiyah.

Beliau juga amat2 mementingkan keredhaan Allah dalam setiap perkara yang beliau lakukan.
pernah satu ketika, beliau berlaku dialog antara beliau dengan Sufian al-Tsauri mengenai redha,
beliau berkata :

 " Bagaimana mungkin kita sebagai hamba megharapkan reda Allah selagi mana kita masih mengeluh dan tidak redha dengan ujian daripada Allah. Apa yang terjadi itu adalah kehendak Allah, apakah patut kita sebagai hambaNya berkeluh-kesah atas ketentuan qada' dan qadar Allah"

ada juga suatu ketika, Rabiatul Adawiyah sedang berjalan membawa air di tangan kanan, dan api di tangan kirinya. Jiran-jiran kehairanan dengan aksi janggal beliau itu, lalu bertanya, " Wahai Rabiah, kamu hendak kemana dengan kedua2 benda itu??"

Rabiah menjawap, " Saya ingin ke langit, akan saya bakarkan syurga dengan api ini dan padamkan neraka dengan air ini agar nanti keduanya tidak menjadi sebab untuk manusia takut kepada Allah"

Apa yang cuba disampaikan Rabiah ialah "  Beribadahlah, lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang Allah. Suruhlah ke jalan yang ma'ruf dan cegahlah yang mungkar kerana Allah dan bukannya harapkan balasan syurga juga bukan kerana takutkan azab neraka"

Begitulah mulianya seorang wali Allah ini, tidak langsung terlintas di fikirannya hal-hal duniawi melainkan Kekasihnya, iaitu Allah s.w.t.
semoga kisah hidupnya menjadi teladan buat muslimah seluruh dunia..
mesti anda tertanya2, mengapakah Rabiatul Adawiyah, tidak mahu berkahwin walaupun dipinang oleh seorang ulama', dan mesti anda tertanya2 mengapakah beliau tidak mengikut sunnah Rasulullah yang terbesar itu. Bacalah bukunya, tentu terjawap segala persoalan.
Cuma yang ingin saya katakan, apa lagi yang diperlukan oleh seseorang, andai dirinya sudah memiliki lebih dari segala2nya, iaitu CINTA ALLAH.


WALLAHUA'LAM..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...