Followers

Thursday, December 30, 2010

jom3 pakat belajaq BAHASA SYURGA!!





Assalamua'laikum sahabat2..
post kali ni nak ajak sahabat2 sama2 belajar bahasa arab,
yang mana dulu tu ada belajar bahasa arab tapi
sekarang berhijrah ke kos yang tak gune pun langsung bahasa arab,
moh2 le kite refresh balik..=)

Oleh kerana saya baru sahaja menjejakkan kaki di UIA GOMBAK, saya nak cerita sketla macam mana saya belajar di sini. Alhamdulillah, saya mengambil  IJAZAH SARJANA MUDA  SAINS KEMANUSIAAN BAHASA & KESUSATERAAN ARAB.
Jadi, paham2 je lah kan macam mana subjek2 saya & dalam bahasa apa saya belajar.
Sudah semestinya BAHASA ARAB iaitu BAHASA SYURGA. ( sebut bahasa SYURGA lagi ade rase zuq kan =) )


Bila 1st kelas saya masuk, iaitu kelas ULUMUL QURAN, masya Allah, "kullu fil lugotul 'arabiyyah!!"
( semuanya dlm bahasa arab ),terkejut jugakla, tapi tak tunjuk dengan orang..hehe,
saya pun pujuk hati "xpe2, waktu ni la nak praktikkan ape yang dah belajar dari sekolah rendah"
so, saya cuba untuk pickup ape yang pensyarah saya cakap dari awal kalamya hinggalah akhirnya..




JADI, SAYA NAK PESAN PESANAN YANG CUKUP2 PENTING KHUSUSNYA PADA SAHABAT2 SAYA DI NILAI (BAR & IRK)!!
INTABIHU JAYYIDAN!! JANGANLAH KAMU MENGANTUK @ TERLELAP WALAUPUN SEDETIK SEMASA BELAJAR DI SINI, JIKA KAMU MENGANTUK, MAKA SESATLAH KAMU!! hehe, nak bagitahu nya di sini, bila dalam kelas, kalau mengantuk @ terlelap sekejap je, da bole hilang arah tuju, maknanya dah tak tahu pensyarah cakap apa..
maka. bersediap sedialah kamu dengan ??? GULA2..hehe


ok lah, straight to the point la ye,
di sini, saya nak ajak sahabat2 sekalian, melawat @ memfollow @ mengomen @ membetulkan ape2 yang patut dibetulkan ke dalam BLOG ARAB saya yang baru saya buat..hehe..=) kalau sudi la ye..


alamatnya : http://nurfaezza.blogspot.com


Insyaallah, saya akan terus juga menulis di sini jika ada kesempatan dan doakanlah saya di sini ye sahabat2!=)

Thursday, December 23, 2010

IKHTILAT ANTARA LELAKI & PEREMPUAN

Berikut adalah beberapa keperluan yang dianggap megharuskan ikhtilat antara lelaki &perempuan :

1. IKHTILAT KERANA URUSAN JUAL BELI YANG DIBENARKAN OLEH SYARA'l
    
    Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa urusanjual beli, tawar-menawar, memilih barang.


  2. IKHTILAT KERANA MELAKUKAN KERJA KEHAKIMAN
      Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain HUDUD di sisi Hanafiah & semua             
       perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah maklum kerja kehakiman ini mengandungi
       percampuran antara lelaki dan perempuan yang terdiri daripada pendakwa,
       tertuduh, saksi dan lain-lain.

3. IKHTILAT KERANA MENJADI SAKSI

    Islam mengaharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkenaan dengan harta dan hak2nya. seperti yang
    dinyatakan oleh Allah dalam ayat akhir surah Al-Baqarah.

4. IKHTILAT KERANA AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR

    Ibnu Hazim telah  menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik
    al-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki
    ketika menjalankan tugasnya.

5. IKHTILAT KERANA MELAYAN TETAMU DAN JIKA PERLU MAKAN BERSAMANYA

    Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'ie seperti memuliakan
    tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari,
    ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah s.a.w dengan meghidangkan
    makanan dan menuangkan minuman untuk baginda.


6. IKHTILAT DALAM KENDERAAN AWAM

    Harus bagi wanita keluar rumah kerana urusan kerja yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur
    dengan lelaki ajnabi, meskipun dia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan percampuran
    dengan penumpang lain dalam kalangan lelaki ajnabi. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan syar'ie.


7. IKHTILAT KERANA KERJA-KERJA JIHAD

    Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya.
    Semua perkara tersebut adalah diharuskan oleh wanita kerana mashalah syari'ah. Bukhari  menyebut
    dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Nabi s.a.w merawat pesakit,
    memberi minum, dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

8. IKHTILAT UNTUK TUJUAN BELAJAR ATAU MENDENGAR NASIHAT

    Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan
    bahawa Rasulullah s.a.w keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai
    solat, baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka
    bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.



Tuesday, November 30, 2010

JUADAH TERAKHIR SEBELUM MENINGGALKAN RUMAH


LAKSA JOHOR

29 November 2010 bersamaan hari Isnin,
emak telah masakkan laksa
johor untuk aku..
huuu..terharu....
sedih nak tinggalkan emak & ayah...:'(
emak tak habis2 cakap "mak rasa x sedap hatila, nak makan pon x selera dah"..
kesiannya mak...sebenanya mak cakap macam tu sebab mak x nak lepaskan sy pegi tu..
tapi mak 'ego', hehe...x nak cakap...=)

jangan risau mak!
eza balik nanti!...........................:'(.....:)

Saturday, November 13, 2010

saya da jumpe da sahabat saya..=)

mana post y lepas??hehe....

sudah sy buang...sebab sy da jumpe sahabat sy..=)

ni sy=)

ni dy=)


rupenye sy silap paham...
dy x lupekan sy pon.....
tapi sy y x paham...
ish3..
teruk sy kan???
hmmmm.....tahu salah siapa
??
salah setan....
dy y hasut sy macam2...

Allah berfirman : "sesungguhnya tipu daya syaitan melemahkan"


sy mintak maaf sangat2 pada sahabt sy ni...
insyaallah, sy janji x buat lagi..=)

kalau sy buat salah pada sahabat sy,
sy selalu tgk mesej y sy simpan dalam hp.



12 SIFAT SAHABAT :

1. Jika kau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungmu.

2. jika kau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3.jika kau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang @ sebagainya, dia akan membantumu.

4. Jika kau menghulurkan kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.

5. Jika dia mendapat bantuan daripadamu, dia akan menghargai
@ menyebut kebaikanmu itu.

6. Jika dia melihat yang x baik daripadamu, dia akan menutupnya.

7. Jika kau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika kau berdiam diri kerana malu hendak meminta, dia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang bencana menimpamu, dia akan ringankan dan
hilangkan kesusahanmu.


10. Jika kau berkata kepadanya, dia akan membenarkanmu.

11. Jika kau merancangkan sesuatu, dia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, dia lebih senang mengalah
untuk menjaga kepentingan PERSAHABATAN.


semoga DIA ini adalah kita...

ingatlah sahabat,
Allah berfirman dalam surah An-Nur :22 y bermaksud :
" dan janganlah orang2 yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kerabatnya, orang2 miskin dan orang2 yang berhijrah di jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.
Apakah kamu tidak suka bahawa Allah memngampunimu?
Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"

Berkata Ibnu Mubarak :
"orang mukmin itu selalu menerima keuzuran,
& orang munafiq selalu mencari2 kesalahan orang lain".

Al- Fudhail pula berkata :
" KEPAHLAWANAN itu ialah memaafkan segala kekhilafan kawan2"


" CINTA itu tidak pernah meminta, tetapi memberi sepenuh rela, rasa bahagia,
biarpun sengsara, berkorban segala2"

di sini,
sy Nurfaezza Mohamad ingin memohon maaf kepada sahabat2 sy
atas segala tingkah laku & terlampau bicara..
~UHIBBUKUM FILLAH~


Wednesday, November 10, 2010

~Akhawat yang cantik di sisi Allah~



WANITA SOLEHAH..

bukan hanya dengan bertudung@berhijab...


bukan jua dengan hanya berpurdah...

tetapi wanita yang cantik di sisi
Allah ialah:

1. melukis kekuatan melalui masalahnya.


2. tersenyum di saat tertekan.


3. tertawa di saat hati sedang menangis.

4. tabah di saat terhina.

5. mempesona kerana memaafkan.

6. mengasihi tanpa meminta balas.


7. bertambah kuat dalam doa & pengharapan illahi.

tapi perasan tak mostly gambar2 kat atas adalah gambar kartun, bukan y sebenar..=)
sebabnya,
agak susah untuk kita sebagai manusia melakukannya..
tapi ianya TIDAK MUNGKIN=)
jom kita try buat same2,
insyaallah, kita akan
rasa ketenangannya....=)

PERCAYALAH, ALLAH TIDAK PERNAH JADIKAN SESUATU SIA2.
PASTI ADA HIKMAH DISEBALIK TIAP2 SESUATU=)

CHAIYOK2!!
(khas buat sahabat2 y sy sayangi di Nilai, sy rindu kamu semua!=)

Monday, October 18, 2010

PERCUTIAN YANG PALING MENYERONOKKAN!


Salam pembuka bicara kepada sahabat2 nurfaezzamohamad!=)

semoga kita sentiasa berada dibawah keredhaanNya.
suke saya nak kongsi cerita sy pada sahabat2 ape dy percutian sy y paling menyeronokkan ni..
n sebab apa paling seronok!


Antara sebabnya ialah:

1) sy pergi bersama sahabat2 (maklumlah X PENAH pegi mane2 tanpa parents & family )

2) percutian ke negeri y sy X PENAH pegi & susah untuk pegi kali yang ke-2..hehe
3) sy pg naek BAS!

hehe..mungkin bagi sesetengah sahabat bese je kan, tapi bagi sy & y mengenali diri sy

amatlah LUARBIASA untuk dilakukan..=)

insyaallah, percutian sy ni, sy x akan dapat untuk kali ke seterusnya..

nak tahu sy pegi kemane??

~TERENGGANU & KELANTAN~(hehe)

banyak mutiara2 y sy dapat kutip daripada percutian sy ni & Insyaallah sy semangat mengutipnya dan menghamparkannya di sini khas buat sahabat2 sy y x dapat pegi=)

Antara mutiara2 yang sy dapat kutip di Terengganu:


KULIAH PAGI JUMAAT OLEH TOK GURU HJ HADI




  • "sesungguhnya ORANG2 BERIMAN itu bersaudara". Ini menunjukkan hubungan iman lebih utama dari hubungan berdasarkan bangsa & keturunan yang sering dibangga2 kan oleh manusia pada zaman sekarang ni.


  • katenye lagi, pentingnye kita sesama orang yang beriman, merendah diri sesama kita & menunjukkan kehebatan kita kepada orang kafir berdasarkan ayat Allah dalam surah Al- Maidah : 54 yang bermaksud: "wahai orang2 yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang2 yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang2 kafir, yang tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Mahaluas pemberianNya, Maha Mengetahui"


  • Tok guru juga ada menyebut perkelahian persaudaraan terhalang daripada neiknya pahala & masuk ke dalam syurga.


  • suke sy untuk mengulangi katenye di saat akhir ceramah " WANITA SOLEHAH adalah MUTIARA YANG CANTIK y disimpan sebaek2nya"

oho! terlupe sy nak cite pengalaman bersarapan di sebuah kedai makan di depan masjid
kami berlima ( sape??adelaa=)) beli 3 jenis makanan waktu tu. nasi lemak, nasi minyak, dan lagi satu feveret sy, nasi kerabu!hehe..banyak??mane ade..ok r tu makan 5 orang=)


salah seorang daripada kami mencadangkan makan satu2 n letak kat tengah. syaratnya, SETIAP SUAPAN UNTUK SAHABAT!..hehe..praktikkankn..apelagi kami pun stat la dengan selambanya..


makan,makan n makan..


tanpa menyedari 3 pakcik di belakang kami sedang memperkatakan kami. antara ayat2 yang sy terdengar..=) "subhanallah!! bole buat menantu ni! hahahaha (sambil ketawe sesame mereka)"..huhuu..takut ha dengar ayat2 pakcik2 ni, tapi kami buat dono jek..hehe..makan je dengan sedapnya..xpenah sy sarapan dengan nasi2 berat macam ni..xpela, kat tempat orang kan, x kan nak buat cengkadak plak..KENE LA BESEKAN KAN..=)




ZIARAH KE KELNTAN~


nila tiket pertama ke kelantan..(y las pon mungik jugak~)


sebenanya tak termasuk dalam agenda pon ziarah ke kelantan ni, tapi sewaktu sedang mendengar ceramah tok guru Haji Hadi, sy mendapat mesej bahawa ibu kepada sahabat sy telah meninggal dunia..


tersentak rasenye bile dapat mesej tu dan terus tak dapat fokus..
sy pon bersama sahabat2 yang lain bercadang hendak pergi ke rumah sahabat sy ini di kelantan..


dalam bas, walaupun terasa penat sedikit, tapi tak dapat melelapkan sebab sedih teringatkan emak..sy pun mencapai quran & membaca yassin..selepas itu, barulah dapat melelapkan mata..

sampainya di rumah sahabat sy ni, kami terus masuk ke bilik melihat jenazah. Untuk pengetahuan sahabat2, ni la kali pertama saya melihat jenazah di depan mata & membaca yassin dihadapannya..teruk kan sy ni??

Alhamdulillah, dapat jugak pengalaman yang bernilai ni..semoga ibu sahabat sy ni ditempatkan oleh Allah bersama2 orang yang soleh..Al-fatihah..

malam itu, kami bermalam di rumah sahabat sy..setengah ke rumah mawar, setengah lagi rumah fathiyah..sempatla jugak singgah ke rumah sahabat y sorg lagi..Alhamdulillah, dapat minum 'air sedap' kat umah dy..hehe

terima kasih sahabat2 kelantan!=)

esok paginya kami pun bertolak semula ke Terengganu~

-to be continue la yek..tulis banyak2 x sedap etek..hehe..intaziru ya asdiqo'i!!















Monday, September 13, 2010

MAEN MERCUN!!



ni mercun yang paling bes sekali=)


ni la yang aku buat semalam.. tapi x maen pom..tgk org maen adela..=)

Friday, September 10, 2010

TV RAYE! LAPTOP???


ni la tv raye..
hehe...
setelah sekian lama nak beli tv, dengan keberkatan hari raya la baru dapat beli=)

sebelum ni tv nye da rosak da kale nye..
sume gambar yang keluar warnenye oren jek..hihi=)

waktu bulan puase nampak makanan kat tv sepatutnye terliur, tapi disebabkan sume warnenye same je, dapatla jaga imannya=)

tapi...(ade tapinye tu)

bile nak beli laptop aku????
huh!....
bertahan2!
sabar je laa....
mak kate sebelum aku g gombak akn dapat laptop,
ude aku saje jek nak buat aku sakit hati,
sakat kate x jadi nak beli laptop...
geram je awal2 raye buat aku sakit hati..
hish....
sabarlah dapat abg gini....
pah tu, dah sakitkan hati org nak gurau2 plak ngan org..
.......LELAKI.....
dah memang sifatnye begitu..
x berperasaan@buat2 x tahu..
tapi abg aku jugak=)

tapi, ape2 pon doakanla aku dapat laptop ek..
hehehe...=)

Sunday, August 22, 2010

3 minggu lagi.............


sedang duduk kesorangan, tiba2 tersentak, dan berkata..
"ya Allah!! tinggal 3 minggu lagi berada di bumi nilai ni!"

terfikir, macam mana la nanti bila tibanya waktu tu..
selalunye aku ni susah nak menerima perpisahan,
waktu nak berpindah dari pj ke nilai pun, macam tu jugak.
berpisah dengan sahabat2 seperjuangan DQ.

2 minggu cuba untuk memujuk diri dan dipujuk oleh adik aishah jauhara.
dia rilek saja.nampak sangat la kan adik saya tu lebih matang dari saya.

hmmm...
macam mana nanti???

.....................

tiba2, teringat pulak..

ape yang aku dah lakukan sepanjang aku duduk di uia nilai??
adakah aku memberi manfaat kepada kawan2ku?? sahabat2ku??
ataupun aku hanya memberi beban kepada mereka??


tapi bagiku,
banyak yang aku dapat bersama sahabat2 di nilai..
mereka umpama adik beradik bagiku..
tempat aku gembira, meluahkan kesedihan..
seronok bersama adik beradik yang sentiasa memahami dan mengasihi..
walaupun penat bekerja, tetapi ukhwah atas dasar aqidah ni dapat mengatasi segalanya..


sayang kamu semua kerana Allah...
terima kasih kerana sudi menjadi sahabat kepada Nurfaezza binti mohamad.

terima kasih kerana sudi menerima segala kelemahan & kecacatan ku sebagai seorang yang bergelar insan.

kesensitifan aku..

gurauan aku yang terlebih2(hehe)

terima kasih & asif 'ala kulli hal..


sekarang ni aku harus memikirkan pula bagaimana aku di gombak nanti..

semoga aku sentiasa thabat di dalam perjuangan..

bersediap sedia untuk terbang ke gombak!!




























Monday, August 16, 2010

الهاتف الجوّي


assalamualaikum w.b.t.
bismillah walhamdulillah.
macam biasa, semoga sahabat2 sentiasa berada dibawah jagaanNya selalu=)

kali ni saya menulis saje2.
namapak tak gambar di bawah ini??
hp siapakah ini??


da buruk kan?? (cakapla ye=))
saya nak mintak abang saya beli hp baru untuk saya ni.
hp ni da 2 tahun da sejak saya berada di sem ke-2 di Darul Quran.
hp ni hp ke-3 yang ayah saya beli untuk saya.
nak tahu mane lagi 2???
ha.........

da pukul 6.10 ptg, baru lepas selesai mengedit wajibat nahu.
sedih2 kene marah dengan ustazah,
semoga yang kali ni punye diterima oleh ustazah.
pliz ustazah~

Saturday, August 7, 2010

ayuh kembali ke sekolah!


salam alaik sahabat2!=)
saya muncul lagi dengan senyuman kali ni.
Alhamdulillah~
hari ni, kalau nak diikutkan rancangan yang telah dirancang bersama sahabat saya,
nak keluar uia pukul 7.huhu.
rancangan hanya tinggal sekadar rancangan=)
kami keluar pada pukul 11.30 pagi, nak keluarkan duit la, beli susu la, macam2.
kami pun menaiki teksi, dan terus ke stesen komuter.
sampai2, punyela ramai orang beratur, kami pun beratur dan membeli tiket,
sedang menunggu tren datang, kami sempat bersarapan di tepi tangga,
sedang elok2 bersarapan, saya terpandang satu pasangan (mestila lelaki & perempuan kan) sedang berpelukan,huh!
nak kate sejuk, tak rase plak sejuk,huhu..(husnuzzon)
saya pun menyuruh sahabat saya pandang jugak, "masyaAllah!!" katenye.
saya kate pulak"hilang al-Imran syeikh!!"hehe..
setelah beberapa daqiqah, tren pun sampai, kami tak dapat duduk,
tapi, la baksa, sekejap je sampai ni..
setelah sampai de stesen seremban, kami pun membeli sedikit makanan untuk di bawa ke tempat destinasi..
dengan menaiki teksi, alhamdulillah, sampailah kami ke sana..

inilah tempat yang saya & sahabat telah pergi..
SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID
saya tak pergi funfair, rumah hantu@ pc fair ye..
lagi satu,bile sebut sekolah ni, agak2 dapatla tahu kan siapa sahabat saya ni..
~Saiyidatus-Sakinah Mohd Aizan~
ni lah adik saya=)

Alhamdulillah, bile sampai je kat depan pagar, terus teringat zaman persekolahan yang sudah lama ditinggalkan.
banyak kenangan bersama kawan-kawan dan guru-guru~
kalau kata nak belajar balik, tak nak la kan,
tapi nak bersama balik dengan kawan2 & guru2 tu ye..
kami pergi ke sekolah ni sebab sahabat saya nak tengok adek2 usrahnya..
saja mengisi masa cuti saya dengan mengikut sahabat saya ni..
daripada merayau kemana2 tak tentu pasal kan=)

elok kami sampai, azan berkumandang & saya dan sahabat pun pergi ke musolla.
dalam perjalanan ke musolla, sempatla mengambil beberapa gambar di sekolah SHAMS ni.
maklumla, sekolah korporat la katekan, cantik~

kolam air yang tenang..
bukan tempat wudhu' ye=)

setelah solat, kami membaca quran seketika sambil menunggu adik2 datang ke musolla.
pukul 2.15, adik2 pun datang..membuka majlis dengan al-Fatihah.
sedang asyik bertanya khabar dan berbual2 bersama adik2,
terdengar satu jeritan yang mengejutkan. "diamlah!!ni musolla!"
hehe, kene marah rupenye dengan seorang min..
huhu, terkejot tak terkata..tak sedar rupenye kami menimbulkan kebisingan.
(kenangan lucu di SHAMS yang x boleh dilupakan).
setelah sesi penggorengan selesai (hehe, sori kinah)
kami pergi berjumpa sahabat2 yang lain yang berada di dorm..
setelah itu, kami bertolak pulang..
sampai di terminal, kami membeli barang & makan tengahari.
kemudian bertolak pulang~

Alhamdulillah, Sabtu kali ni saya dapat mengisi masa cuti saya dengan perkara yang bermanfaat.
daripada dok sibuk menangisi nasib diri yang tidak dapat pulang ke rumah minggu ni & minggu depan..=)
mak, ayah, jangan risau, eza da tak sedih da..sedih sket adela..hehe
insyaallah, eza balik raye kalau Allah panjangkan umur..
kepada saiyidatus-sakinah, terima kasih menghiburkan hati ini dengan mengajak saya ke sekolah & waktu saya banjir semalam, dia lah yang sibuk bacakan banyak ayat quran yang menaikkan semangat.hehe
~syukran 'ala kulli hal~

Dan bagi sesiapa yang pada saat ini atau pada hari ini kecewa, atau tak de semangat,
percayalah bahawa kamu adalah yang terpilih untuk diuji olehNya.
kamu tidak akan dikatakan beriman kalau kamu tidak diuji.
berbahagialah, kerana Allah masih sayangkan kamu..
chaiyok2 mujahid & mujahidah islam!
sahutlah jual beli yang Allah tawarkan untuk kita!
semoga hati kita sentiasa di bawah peliharaanNya~


"Sesungguhnya Allah membeli orang2 mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan
Al-Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung"
(Surah At-Taubah : 111)

" Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ke medan perang. Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya"
( Surah At-Taubah : 122)

marilah kita sama-sama semangat menambah pengetahuan kita demi ISLAM yang tercinta!
Allahuakbar!!
~wallahu'alam~


Friday, August 6, 2010

mengubat hati yang duka~


salam alaik sahabat2..
semoga sentiasa di bawah jagaanNya~
dan sesiapa yang dapat balik kampung minggu ni atau pertama ramadhan minggu depan,
gunalah masa bersama keluarga sebaiknya.
sebenanye nak kabo kesedihan yang teramat sangat sebab x dapat balik minggu ni &
pertama ramadhan minggu depan.
selalunya ramadhan pertama berbuka bersama keluarga.
tapi, tahun ni Allah x izinkan.
sedih yang teramat sangat.
bile telefon mak, x dapat nak tahan sedih, banjir sudah~
tapi, nak buat macam mane, ade hikmah di setiap ketentuannya~
Dalam surah as-Sajdah, ayat 17, Allah berkata yang bermaksud :
"maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan"

Demi mengubat hati yang lara (chewah), aku telah diajak oleh sahabatku untuk pergi makan bersama2..
sebelum makan, punyelah rancang nak makan aiskrimla, apela, kononnya nak makan makanan yang bes2 la, tapi......
sampai je di satu kedai makan ni, sume hajat2 tadi terbatal,
tiba2 je kami sakit mata apabila membaca menu yang diberi..huhu
ni je la menu2 yang mate kami sedap untuk memandang..

akhirnya tekak memilih untuk makan char kuetiaw

emmm...sedapnye..
quran x lupa dibawa, sebab nak tebuk sahabat irk yang kene hafal al-Imran=)

ni pulak makanan kinah..
mee udang (makanan paling mahal)
air suam ( air paling murah=)

ni makanan soting..
mee bandung utara=)

zimah order nasi goreng sotong (nampak x sotong kat sebelah tu??=)

ha....alhamdulillah, ade la jugak la aiskrim zimah order..
kitorang makan same2..:)

em, makan ala2 adik beradik ni la dapat mengubat hati ni.
bersuap2an, bergelak2an, berbual2an..alhamdulillah..seronok sangat..
agaknya inilah hikmahnya yang Allah tentukan,dapat bersama sahabat2 seperjuangan, mengeratkan ukhwah islamiyyah..
sahabat2 nila menjadi pengubat hatiku, penguat semangat..
terima kasih kinah, mira, soting, n zimah..:)

tapi, waktu perjalanan pulang, kene tegor dengan seorang makhluk,
"kuat merayau"..hehe..sekali sekala la...
alhamdulillah, sempat masuk pagar sebelum pkul 10.00 malam..:)

Sunday, July 25, 2010

أبنائي الإخوان



أبنائي الإخوان

كل إنسان نبدأ بالزمن أطفالهم. إنهم يحبّون أن يلعبوا ويجريوا ويتشاجروا بأنفسهم. الآن, أصبحت كبيرة, لكنّ عندي الأطفال, ليس أبنائي, ولكنّ أبنائي الإخوان. لهم أشكا ل وأخلاق مختلفة ومتنوعة مثل الجن, له كثير من الأوجه ويحبّ أن يتغيّر وجهه وشكله. حينما كنت معهم, عليّ بالصبر الجميل كصبر أيّوب.

ابني الأخ الاؤلى, هو ذوالحلم, عمره عشرة سنوات. اذا نظرنا من بعيد, نستطيع أن نعرفه لأنّ أذنه مثل أذن الفيل. إذا لمست أذنه, أصبح الطفل كالبقرة إذا ذبحت. لكنّه يملك صفة جميلة. إنّه يحبّ أن يحفظ نظافته في لباسه وأكله. يأكل كأنّه مع رءيس الوزرأ وأشخاس العليا الأخرى. حين يأكل, عنده قماش الذي استعمل في تنظيف فمّه. وابني الإخوان الثاني, اسمه ذوالفكر وعمره سبعة سنوات. عنده هدب عين كهدب العين البقرة. شعره مثل أبو شوكة حادّا. إذا غضب, أصبح وجهه كالنمر في جوعان, وهو يحبّ أن يأكل كثيرا مثل الفقير الذي لا يأكل ألف أيّام.

ثمّ, أبناءي الإخوان الأخرى, هم, محمّد أدم أفيق, ونور أميرة بلقيس, ونور أميرة أجوى. يحبّ أدم أفيق ان يسأل كثير من السّؤال. لكنّه ذكيّ مثل ابن سينا وأخته بلقيس. جسمها كدبّ, كبيرة جدا. تحب أن تعانق الشخص. حينما تجري, أصبحت الأرض مزلزلة مثل يوم القيامة, واختلفت أجوى, هي صغيرة وجميلة مثل الدّمل.

كنت محظوظة لأنّني أعطى الله لي كثيرا من أبناء الإخوان. هم يجعلون حياتي كاملا وشاملا. بدونهم أصبحت حياتي كالصّريم مثل البيت بدون السّكان.


Saturday, July 10, 2010

TUK3!


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SATU 'AQIDAH~
hehe=), saje memberi tajuk 'tuk3!' bagi post kali ni, mengetuk pintu di rumah sendiri..:)
ye la kan, da lame rasenye x memberi sepatah dua kate di sini..
selalunye sempat melawat je, tbe2 terkejot plak
kan da bertambah followers..
huuuu~segan betol..kenapela dalam banyak2 blog, blog ni jugak yang nak di follow nye..
pelik2~ tapi x pela,,

saya nak cerita macam mane saya bole terpangg
il nak update blog saya ni..
sebenanye saya sedang membaca buku 'khadra' al-diman', karangan???
ha..mesti ramai bole jawap kan?
ye..karangan ustaz Dzul Khairi Mohd Noor..
so, bile bace buku beliau, rase tertarikla nak mengupdate catatan di blog..
alhamdulillah..dan bile melihat sahabat2 yang 'comel lote' semakin hari semakin bertambah yang menjadi blogger...tahniah diucapkan..
seorang daie bukan sahaja perlu petah berkate2, tetapi perlu ade uslub lain untuk menyampaikan dakwah...iaitu dalam bidang penulisan..
semoga diri kita sentiasa thabat dalam perjuangan
yang penuh dengan mehnah & tribulasi, bukan dengan kapet merah..insyaallah

akhir kate, ingin saya kongsikan satu hadith,
sabda Rasulullah s.a.w : akhir zaman nanti, akan muncul 2 golongan, iaitu:
1.ahli ibadah yang jahil
2.alim ulama' yang munafik

sentiasalah koreksi diri kita masing2 agar tidak ter
golong dalam kalangan 2 golongan ini, kerana kita hanya manusia, makhluk yang sentiasa lupa dan alpa. walaupun kita adalah sebaik2 umat yang mampu memegang amanah, tetapi Allah telah menyebut dalam kitabNya bahawa kita juga adalah makhluk yang jahil dan sering melakukan kezaliman.
semoga pemimpin2 yang disegani ini menjadi inspirasi dan semangat untuk kita terus dan terus giat dalam menyambung misi perjuangan Rasulullah..amiin~
wallahua'alam



Thursday, March 4, 2010

Ya Allah..beratnya dugaanmu..




''la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"


pada masa ini, waktu ini, dan ketika ini,

barulah aku benar2 mengamati dan merasa keagungan ayat ini ya Allah..


aku rasa lemah dan tidak berdaya..


tetapi..


aku digagahi oleh ayatmu ini ya Allah..


''engkau tidak akan meletakkan kepada seseorang sesuatu yang dia tidak mampu"


sahabat2ku juga banyak memberi semangat kepadaku
dengan membacakan ayat ini kepadaku..


terima kasih sahabat2..


aku benar2 mengharap semangat, dorongan, dan dokongan daripada kalian..


terima kasih ya Allah di atas ukhwah yang engkau kurniakan kepada kami..


ukhwah yang diratib atas dasar aqidah yang satu..


aku harap sahabat2ku memahami perasaanku,

memahami diriku,

dan terima seadanya aku..


aku akan cuba sentiasa memperbaiki diriku..


memperbaiki hubungan dengan Kholiqku..





ya Allah..


bantulah aku.....

Sunday, January 3, 2010

stop dreaming!!


salam tahun baru!!
harap semua dalam keadaan bersemangat bagi menjalani tahun baru, dengan azam baru, dan dengan personaliti yang TERBARU!!

insyaAllah...

ingatlah sahabat2 sekalian,
semakin bertambah umur kita, semakin bertambah hari2 yang dilalui,dan semakin bertambahlah cabaran dan dugaan yang akan dihadapi..

walaupun kadang2 terlalu berat dugaan yang datang daripadaNya sehinggakan kita tidak sedar kita telah menyalahkanNnya, ketentuan daripadaNya..
sentiasalah koreksi diri kita agar dijauhi daripada menyalahkan takdir..
semua yang terjadi adalah yang terbaik untuk diri kita..

semalam saya baru sahaja ditimpa dengan satu masalah sehingga saya menangis..
tetapi,
sedang saya menangis, saya tersenyum apabilka mendapat satu pesanan ringkas yang telah diberikan oleh sahabat saya..
messege nya berbunyi begini:

ikan2 berenang bersama,

sabun2 mengeluarkan buih,

seorang musliumah yang solehah,

tersenyum ketika dia bersedih.

terima kasih '_ _ _ _ _'

itulah sahabat..=)

mengapa Allah menciptakan SAHABAT??
sebab Dia tahu kita tidak mampu hidup berseorangan.

mengapa Allah tidak memberi masalah kita kepada sahabat yang lain??
kerana Dia mahu SAHABAT nya itu memberi semangat kepadanya.

mengapa susah untuk mencari seorang SAHABAT??
sebab SAHABAT tidak ternilai harganya.


jika kita belum berjumpa dengan seorang SDAHABAT,
sekurang2nya jadilah seorang SAHABAT...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...