Followers

Thursday, December 30, 2010

jom3 pakat belajaq BAHASA SYURGA!!





Assalamua'laikum sahabat2..
post kali ni nak ajak sahabat2 sama2 belajar bahasa arab,
yang mana dulu tu ada belajar bahasa arab tapi
sekarang berhijrah ke kos yang tak gune pun langsung bahasa arab,
moh2 le kite refresh balik..=)

Oleh kerana saya baru sahaja menjejakkan kaki di UIA GOMBAK, saya nak cerita sketla macam mana saya belajar di sini. Alhamdulillah, saya mengambil  IJAZAH SARJANA MUDA  SAINS KEMANUSIAAN BAHASA & KESUSATERAAN ARAB.
Jadi, paham2 je lah kan macam mana subjek2 saya & dalam bahasa apa saya belajar.
Sudah semestinya BAHASA ARAB iaitu BAHASA SYURGA. ( sebut bahasa SYURGA lagi ade rase zuq kan =) )


Bila 1st kelas saya masuk, iaitu kelas ULUMUL QURAN, masya Allah, "kullu fil lugotul 'arabiyyah!!"
( semuanya dlm bahasa arab ),terkejut jugakla, tapi tak tunjuk dengan orang..hehe,
saya pun pujuk hati "xpe2, waktu ni la nak praktikkan ape yang dah belajar dari sekolah rendah"
so, saya cuba untuk pickup ape yang pensyarah saya cakap dari awal kalamya hinggalah akhirnya..




JADI, SAYA NAK PESAN PESANAN YANG CUKUP2 PENTING KHUSUSNYA PADA SAHABAT2 SAYA DI NILAI (BAR & IRK)!!
INTABIHU JAYYIDAN!! JANGANLAH KAMU MENGANTUK @ TERLELAP WALAUPUN SEDETIK SEMASA BELAJAR DI SINI, JIKA KAMU MENGANTUK, MAKA SESATLAH KAMU!! hehe, nak bagitahu nya di sini, bila dalam kelas, kalau mengantuk @ terlelap sekejap je, da bole hilang arah tuju, maknanya dah tak tahu pensyarah cakap apa..
maka. bersediap sedialah kamu dengan ??? GULA2..hehe


ok lah, straight to the point la ye,
di sini, saya nak ajak sahabat2 sekalian, melawat @ memfollow @ mengomen @ membetulkan ape2 yang patut dibetulkan ke dalam BLOG ARAB saya yang baru saya buat..hehe..=) kalau sudi la ye..


alamatnya : http://nurfaezza.blogspot.com


Insyaallah, saya akan terus juga menulis di sini jika ada kesempatan dan doakanlah saya di sini ye sahabat2!=)

Thursday, December 23, 2010

IKHTILAT ANTARA LELAKI & PEREMPUAN

Berikut adalah beberapa keperluan yang dianggap megharuskan ikhtilat antara lelaki &perempuan :

1. IKHTILAT KERANA URUSAN JUAL BELI YANG DIBENARKAN OLEH SYARA'l
    
    Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa urusanjual beli, tawar-menawar, memilih barang.


  2. IKHTILAT KERANA MELAKUKAN KERJA KEHAKIMAN
      Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain HUDUD di sisi Hanafiah & semua             
       perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah maklum kerja kehakiman ini mengandungi
       percampuran antara lelaki dan perempuan yang terdiri daripada pendakwa,
       tertuduh, saksi dan lain-lain.

3. IKHTILAT KERANA MENJADI SAKSI

    Islam mengaharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkenaan dengan harta dan hak2nya. seperti yang
    dinyatakan oleh Allah dalam ayat akhir surah Al-Baqarah.

4. IKHTILAT KERANA AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR

    Ibnu Hazim telah  menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik
    al-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki
    ketika menjalankan tugasnya.

5. IKHTILAT KERANA MELAYAN TETAMU DAN JIKA PERLU MAKAN BERSAMANYA

    Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'ie seperti memuliakan
    tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari,
    ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah s.a.w dengan meghidangkan
    makanan dan menuangkan minuman untuk baginda.


6. IKHTILAT DALAM KENDERAAN AWAM

    Harus bagi wanita keluar rumah kerana urusan kerja yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur
    dengan lelaki ajnabi, meskipun dia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan percampuran
    dengan penumpang lain dalam kalangan lelaki ajnabi. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan syar'ie.


7. IKHTILAT KERANA KERJA-KERJA JIHAD

    Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya.
    Semua perkara tersebut adalah diharuskan oleh wanita kerana mashalah syari'ah. Bukhari  menyebut
    dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Nabi s.a.w merawat pesakit,
    memberi minum, dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

8. IKHTILAT UNTUK TUJUAN BELAJAR ATAU MENDENGAR NASIHAT

    Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan
    bahawa Rasulullah s.a.w keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai
    solat, baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka
    bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...