Followers

Tuesday, June 7, 2011

BULAN REJAB


REJAB YANG DITUNGGU2 SUDAH TIBA,
MENUNGGU PULA RAMADHAN MENJELMA,
EXITED NYE SAYA & KUARGE NAK BERPUASA,
SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALANYA..

Sudah dua hari berpuasa dalam bulan rejab bersama keluarga,
tiba2 timbul di fikiran saya nak mencari kelebihan2 berpuasa dalam bulan ini..
setelah mencari di internet,dapat saya simpulkan memang banyak dalil2 yang menunjukkan keistimewaan bulan rejab tetapi ia tidak menyebut secara khusus..
ada pula hadith yang dhoif menyebut tentangnya..
setalah bertanya seorang sahabat saya, alhamdulillah saya faham..
dan saya ingin berkongsi kepada sahabat2 saya di sini..

kalau nak diikutkan xde dalil khusus yg menyatakan tentang sunat berpuasa bulan rejab apatah lg dalil tentang fadhilat2 puasa dlmnya.

Yg ada cuma dalil umum yg menyatakan Rasulullah(shallu 'alaih) pernah berpuasa dalam bulan Rejab:

Usman bin Hakam Al Anshari berkata:

”Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di bulan Rejab.”

Beliau (Sa’id ) menjawab:

”Saya telah mendengar Ibnu Abbas (رضى الله عنها) berkata: Adalah Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berbuka (tidak berhenti puasa), dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berpuasa“. – Riwayat Muslim.

dan hadits kat atas b'taraf sahih...sekaligus menolak qaul yg mengatakan puasa rejab adalah haram sbb xde dalil khusus yg menyatakn sunat jika melakuknnya...tp dalil kat atas tu bersifat umum dr sudut zat hadits tu sndr yg hanya mengatakn mafhumnya Rasulullah pernah berpuasa dlm bulan rejab...bermakna hanya menunjukkan bhwa puasa rejab tu hukumnya harus dan bukan sunat melakukannya menurut jumhur ulama'...

tp Imam Nawawi menta'liq dgn menambah bhwa puasa di bulan rejab hukumnya 'sunat' dgn kaedah, "ashlu shaum mandubun ilaih"...mcm mana boleh wujud kaedah tersebut? hnya dgn merujuk kpd hadits yg lain sbgai hadits p'bandingan utk me'perkuatkn lg hadits kat atas iaitu:

daripada (Abu Umamah) Al Bahili:

Aku datang kepada Rasulullah saw maka aku bertanya:

Wahai Rasulullah! Saya adalah seorang lelaki yang datang bertemu Tuan pada tahun yang pertama.

Baginda bersabda:

“Mengapa Ku lihat tubuhmu kurus kering?”

Jawab Al Bahili:

“Ya Rasulullah, tidak ada benda yang saya makan di siang hari yang saya makan melainkan (dimakan ) pada malam sahaja.”

Bertanya Nabi saw:

“Siapa pula yang menyuruh engkau mendera dirimu?”

Aku menjawab:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya kuat (berpuasa).”

Bersabda Nabi saw:

“Berpuasalah dibulan sabar, dan tiga hari selepasnya dan berpuasalah di bulan-bulan Haram”.

Pada satu riwayat lain:

“Berpuasalah dibulan sabar dan sehari pada tiap-tiap bulan.”

Berkata Al Bahili:

“Tambahi lagi, sesungguhnya (aku) mempunyai kekuatan.”

Bersabda Nabi saw:

“Berpuasalah dua hari.”

Berkata Al Bahili:

“Tambahilah lagi maka sesungguhnya aku mempunyai kekuatan.”

Bersabda Nabi saw:

“Berpuasalah tiga hari selepasnya dan berpuasalah di bulan Haram dan tinggalkanlah, puasalah di bulan Haram dan tinggalkanlah.

Rasululah saw bersabda sambil menghimpunkan jari-jarinya yang tiga kemudian melepaskannya”.

Dalil kat atas mnunjukkan bahawa Rasulullah me'mandub'kn(sunat) berpuasa dlm bulan rejab melalui p'khususannya pd hadits 'berpuasalah pada bulan-bulan haram'...di mana bulan rejab merupakn slh 1 bulan haram... 

tp, t'dapat ta'liq dlm hadits yg diriwayatkn al-Bahili tentang sama ada mampu ataupun x utk b'puasa...sekiranya x mmpu, maka kurgkn & sekiranya mmpu, maka teruskn dan ianya merupakn fadhilat(kelebihan) bg org yg mampu...tentang fadhilat berpuasa pula, ianya hanya dirasai oleh org yg merasa fadhilatnya & x blh menyebarknnya kpd umum.

RUJUKAN : MAJMU' SYARAH ALMUHAZZAB (m/s 386)

terima kasih buat sahabat saya, NAQIB atas perkongsian ini..:) jazakallahu khairan kathira..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...