Followers

Thursday, December 31, 2009

JEJAKA IDAMAN..

PERHATIAN2!!! DI SINI SAYA INGIN MEMINTA BANTUAN SAHABAT2 BAGI MEMILIH TEMAN HIDUP SAYA YANG TIDAK LAMA LAGI BAKAL SAYA PEROLEHI=)

SAYA HARAP SAHABAT2 SAYA DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MENCARI TEMAN HIDUP SAYA..
DAN SAYA JUGA INGIN MENDAPAT KOMEN2 DARIPADA SAHABAT2 YANG SAYA KASIHI..


sahabat2 hanya perlu memilih salah satu personaliti sesuai menjadi teman hidup saya.
tetapi ade ciri2 yang wajib ada pada bakal jejaka idaman saya, iaitu,

mempunyai sepasang mata yang lebih besar dari mata saya=)


mengancam kan??
x kesala warna apa, asalkan LEBIH BESAR dari mata saya=)

dan satu lagi...

fasih dalam berbahasa arab..=)

ok, kita mulakan pemilihan kita sekarang, tapi sebelum tu, mari kita lihat calon2 nya..
calon2 nya ialah..:

personaliti pertama:

  1. mempunyai wajah yang sedap mata memandang dan suara yang lunak dan sedap. mestila kan, supaya kita tak jemu memandang. suara yang sedap pulak, bole bacakan saya al-Quran dengan tarannum tiap2 hari.=)
2. rajin menjalankan kerja2 dakwah. 3. umurnya lebih tua daripada saya. (tak kesah berapa, tapi yang penting tak terlalu ketara)
seterusnya, kita pergi kepada personaliti yang kedua.
  1. memiliki wajah yang sangat3 sedap mata memandang dari semua sudut.=) package semua cukup.
2. dia tidaklah terlalu tinggi ilmunya dalam agama. dia sedang membina peribadinya, merperbaiki akhlaknya sedang menambah ilmunya. 3. umurnya lebih muda 1@2 tahun daripada saya.=)
calon yang ketiga pula :

1.memiliki wajah y juga saaaaangat3 sedap mata memandang.

2.memiliki ilmu yang tinggi, aktif menjalankan kerja2 dakwah dan pandai membuat kerja2 rumah=)

3. umurnya sebaya dengan saya.=)

dan calon yang terakhir ialah :

1. memiliki wajah yang biasa sahaja.

2. sangat2 tinggi ilmunya berbanding calon2 yang lain, akhlak yang sangat baik, menepati seorang lelaki melayu terakhir.=)

3. sebaya@lebih tua@lebih muda..



sila kemukan pilihan sahabat2 sekalian..
tetapi jangan salah anggap ya..
ini hanya suka2 sahaja..
tidak berkaitan dengan kehidupan saya yang sebenar..




''rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata a'yun, waj`alna lilmuttaqina imama''
semoga Allah memberikan kita, teman hidup dan zuriat yang baik...=)
semoga kita dapat membina khilafah islamiyah suatu hari nanti..



Monday, December 28, 2009

WANITA..



Sabda Nabi Muhammad s.a.w “sesungguhnya aku sudah sampai ke neraka, lalu aku dapati kebanyakan mereka yang sedang berbaris untuk masuk ke dalamnya adalah terdiri daripada orang2 yang kaya dan mewah hidupnya sewaktu di dunia dahulu dan paling ramai isi neraka itu ialah kaum PEREMPUAN…”


KEWAJIPAN SEORANG WANITA ISLAM

-Memelihara pandangan mata

-menutup aurat dan perhiasannya dengan baik

- tidak menampakkan perhiasannya yang tersembunyi.

-hendaklah menjaga kesopanan ketika berjalan dan berbicara

-hendaklah menjauhi segala sesuatu yang boleh menarik perhatian lelaki

- tidak berdua-duan dengan lelaki lain(ajnabi)

- tidak bergaul bebas dengan lelaki lain(ajnabi)


SOLAT PENDINDING ZINA…

Seperti yang kita sedia maklum, ayat Allah yang bermaksud “

sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada melakukan perkara2 yang keji dan munkar” (SURAH AL-ANKABUT:45)


3 FAKTOR YANG BOLEH MENYELAMATKAN SESEORANG DARIPADA MELAKUKAN DOSA:

1. Membaca dn menurut panduan al-Quran.

2. Mendirikan solat dengan tekun.

3. Mengingati Allah sepanjang masa.



4 KATEGORI SOLAT:

  • solat orang jahil (tidak mengetahui asas2 fardhu ain/syarat2 sah/ per2 yang membatalkan solat)
  • solat orang lalai (surah al-ma’un:4-6)
  • solat orang yang bermujahadah
  • solat orang yang khusyuk

Monday, October 19, 2009

TAKUTNYE...


ape y nk dtakutkan ni ??
takut sbb result kuar khamis ni....huu
tapi walau macam mane pun ianya akan berlaku jugak.."ya Allah, kau berilah kputusan yang setimpal dengan apa yang aku dah usahakan"...Ameen.

em, da la aku sorang je budak dq y amek kos bahasa arab ni.
dlm dorm pun, aku sorg gak bdk BAR.
nak buat mcm mane, KETENTUAN...
aku x penah terfikir nak amek kos ni, sebab memang style aku,
x suke memikirkan matlamat hidup yang jauh.bak kate mat 'SOLEH',
"short-term vision".waktu isi borg UPU dulu, aku maen2 je..siap suruh abang aku isikan lagi,
sebab aku tahu nanti bole isi lagi.hehe..teruk kan..

ble masuk dq, akhir sem, kene isi borang, aku pilihla BAR jugak..
lepas da g lawatan ke uia, fikiran aku mule berubah nak amek kos sains..
hmm, x tetap pndirian kan..balik dari lawatan, punyela exited yang teramat nak tukar kos FARMASI, teponla koordinator..then, dy pun tlg tukarkan.

setelah beberapa hari, tibelah waktu yang kitorang bole tau ape kos ktorg..ramai2 pakat tepon uia nk tanye dpt kos ape..sumenye suke ble dpt tau ape y dyorg mtk, da tertunai..aku pun tepon la jgk..alangkah terkejutnye aku bile kerani tu(kerani ke??x kesala) ckp aku dpt kos BAR..aku rasa sedih sangat..tp x tau knape..padahal, aku y memg nak dulu..em, aku pun tepon mak, cerite..mak suh tepon koordinator..

hmm,,tp dy kate dy da tukarkan da..em, sdhnye, tp aku redh
a je wktu 2,,redha half2 je..agknye aku x layak kot..

tibe hari budak ber'nilai' dihantar di tempat y sungguh b'nilai'..aku pun cube mgadaptasi kehidupan aku disitu bersama dengan adekku y tercinta, ct aishah jauhar(jgn mara dek..hehe)..

hari kuliah dan pun mule, sume bdk 2nd intake da dpt jadual..aku sorg je y terkapai2 x dpt pape pun lg..uia ckp aku punye jadual kat pj..huh!name aku kat kos farmasi..x ke pelik kan..sape nak da kmas2 brg nk dok nilai tbe2 kne tkar sane plak..xnak2! aku da tekad nk amek bahasa arab jgk!

las2 aku kne byr rm50..aku x kesa, y pentg aku dpt ape y aku nak..spanjang aku buat sesi pertukaran kos, aku dlande byk mehnah n tribulasi..smpai dmam..pnjg kan ctenye,itulah TAKDIR aku.dah tercatat di 'luh mahfuz'..y pentg aku dah pon amek exam untuk 1st sem ni..aku sonok sgt dlm kelas bhs arab.. ni la agaknye HIKMAH y Allah bg kat aku..n skg ni aku bangga sbb bksmpatan mempelajari bahasa syurga..ni kre kursus persediaan jgk la..same ngan kwn2 aku y dpt g Azhar n Mansoura, aku pun ade kursus prsediaan tau wlupun aku x dpt g sane..hehe..

doakan aku ek dpt result y gmpak.. aku pun doakan kwn2 aku gak...insyaAllah..semoga kita beroleh kejayaan dalam apa jua y kita lakukan..n y pentg skali, buatla baik pd ibu bapa kte.."redha Allah bersama redha ibu bapa"=)

Saturday, October 17, 2009

SYUKRAN ALAIK...



TIPS UNTUK KEKASIH..

1. kasihlah kerana Allah, itulah kasih yang sejati dan abadi


2.kasihi dahulu, kemudian baru dikasihi



3.kasih itu menuntut pengorbanan, tanpa pengorbanan, kasih tidak akan berpanjangan



4.jangan mengaharap balasan. kasih yang suci tidak akan mengharap balasan




5.jangan bimbang jika tidak dikasihi, tetapi bimbanglah jika tidak boleh mengasihi







TIPS UNTUK NAFSU

1.makan sekadar untuk kesihatan tubuh badan

2.bicara sekadar perlu

3.tido sekadarnya

4.menahan cercaan





Rasulullah pernah bersabda: "bahawa seorang mu'min adalah CERMIN buat saudaranya. dua saudara yang saling bersilaturrahim adalah sebenarnya sedang bercermin. dari wajah saudaranya ia menemukan kesedaran akan bintik2 noda diri sendiri. disitu juga dia mendapatkan pengharapan , kesyukuran & kebahagiaan"

Saturday, October 10, 2009

BE UR SELF!!



salam...


rase da lame x update blog, x tau nk tulis ape.. sbb dalam mase tdkat ni byk mslh yang mnimpa aku..hmm, hanye org2 y tetentu je tau..kdg, aku senyum,ketawe, nk ngs pun ade..tapi x ngs lg la..x standard r ngs psl bende ni..huhu..n tbe2 nk mjerit dalam ati "be ur self!!".. aku tujukan untk diri aku sndiri..aku memg x mcm kwn2 aku kat dq tu..hanye org2 yang mgnali aku tau sape diri aku y sebenar..mgkn klu tgk gambo kuarge aku, bole tau sket2 kot..tapi aku x salahkan dyorg..malah aku rase btuah mmiliki mrk.. hanye diri ku yang patut dpersoalkan.. mengapa aku bgini..kdg2 aku lihat diriku, em, x mcm adik bradik usrah aku pun,, n x layak pun bersame mrk.. tapi aku tau ade hkmahnye..xkanla dlm usrah sume nk diam2, ckp skema jek!..huhu.. tapi, kdg2 aku psoalkan lg, "knape aku x mcm dyorang, x baik mcm dyorg, dyorang byk ilmu, thiqoh, x slalu men2.." aku ni mcm budak2 je..ilmu pun x byk..hmm..stiap manusia ade klbhannye kan.. tapi setiap kebaikan kita harus contohi, n setiap kelemahan diri kita, patut dperbaiki..


pape pun slaula pecaye diri sndiri n hargailah diri kita..n sebaek2 manusia adalah y melkukan kesilapan n segera bertaubat.. n d mos important, i really need supports and any comments from anyone..especially sape2 y anggap sy ni kwn..tgo la sy ape2 pun, insyaaAllah, sy cube untuk mnerima wlu pahit mcm mane pun..n sy memohon seribu kemaafan kepada sesiapa y pernah disakiti oleh saya..sejak dulu hingga kini..terima kasih kerana mengenali diri y bernama "nurfaezza binti mohamad"..




..'asif 'ala kulli hal'..

Sunday, September 20, 2009

kad raya khas buat orang yang TERSAYANG..






Haa..kad raye hitam ni khas buat family yang tersayang.kepada mak,ayah,long&abg enal,ngah&abg lokman,ude&tuut,abang n las skali syafiq..


ha, kad yang kedua ni pulak khas untuk sahabat-sahabat atau teman-teman yang disayangi kerana Allah, terutama sekali budak2 yang terasa dia paling comel lah raye ni..hehe..
maafkan segala kesilapan dan kekurangan diri ini..uhibbukum fillah.. insyaallah, semoga ukhwah yang dibina ini akan terus berkekalan hingga ke syurga..



...ZaHiR & BatiN



salam eid mubarak...


Di sini sy ingin berkongsi satu cerita pada zaman Rasulullah berkenaan zahir& batin..


Bukan mintak maaf je kene zahir&batin..WUDHU' pun ade ZAHIR&BATINnye..




Suatu hari, Islam bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim al-Hassam dan bertaya : "wahai Aba Abdurrahman, bagaimnakah caranya tuan solat??




Hatim brkata : "apabila ,masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin..


Isam bertanya : " bagaimanakah wudhu' zahir & batin itu??


Hatim berkata : " wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. sementara batin ialah mebasuh hati dari tujuh perkara tersebut :






  1. Bertaubat


  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan


  3. Tidak tergila2kan ndunia


  4. Tidak mengharapkan pujian orang


  5. Tidak riya'


  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu


  7. Meninggalkan sifat dengki


Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan seolah2 aku sedang berhadapan dengan Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku dan aku bayangkan pula seolah2 berdiri di atas titian siratul mustaqeem dan menganggap bahawa solatku kali ini ada;ah solat terakhir bagiku. kemudian aku brniat dan bertakbir dengan baik.



Hatim menyanbung lagi : "setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku fham maknanya. kemudian aku rukuk dan sujud dengn tawadu', aku bertasyhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas..beginilah aku bersolat selama 30 tahun..



MasyaAllah..subhanallah..selama aku mengerjakan solat 5 waktu sehari, adakah itu semua diterima Ya Allah?! ataukah itu semata2 demi memenuhi arahanmu Ya Allah?!.. Semoga amalan-amalan yang telah kita lakukan , kita hadirkn hati kita, roh kita, tubuh badan kita HANYA KERANA ALLAH S.W.T...insyaAllah..



Imam al-ghazali tlah berkata : "kehadiran hati ilah roh atau jiwa solat"

Friday, September 18, 2009

aidulfitri 2009 tertulis di dalam sejarah!!

hehe..nk tau x nape saya ckp dalam sejarah?? sebab tahun ni terbalik.. selalunye anak2 pulang ke rumah ibu bapa mereka.. tetapi berbeza bagi keluarga saya tahun ni..tahun ni kami akan masak n raya bersama2 di rumah kakak yang ke-2..hehe..pelikkan?? la ba'sa. asalkan kita dapat raya bersama2 keluarga tercinta..selagi kita mempunyai keluarga yang tidak pernah jemu menyayangi dan menyokong kita, hargailah mereke seadanya..pulanglah dengan kegembiraan.. tapi x lupe jgk bagi orang2 yang jauh..y baru sahaja meninggalkan Malaysia untuk meneruskan jihad ilmu mereka..ummu habibah sulaiman n siti nur hidayah yusoff.. semoga mereka dapat meneruskan perjuangan mereka dengan sempurna di sana.. saya amat yakin dan percaya mereka akan dapat mencapai apa yang mereka hajati.. insya-Allah..

barakallahufihima..


khususon ilaikuma..UMMU HABIBAH & SITI NUR HIDAYAH


aku gembira menyayangimu,

kerana Allah tukarkan kasih sayang tersebut dengan kelapangan hati,

keredhaan dalam menerima dirimu seadanya & kemudahan dalam seiap urusan,

walaupun tewas dengan kebencian iblis terhadap keutuhan persaudaraan,

kuiringi kekesalan dengan kemaafan..semoga Allah mempermudahkan urusan dan perjuangan
kalian yang penuh dengan dugaan dan cabaran dan terus istiqomah berdasarkan aqidah yang
satu..InsyaAllah...
EIDUL MUBARAK YA HABIBATAIN..
KULLU DAQIQAH WAANTUMA BIKHAIR....

Friday, September 11, 2009

Sudahkah aku menjauhinya??


Hati ini selalu bebicara, meluahkan hasrat yang terpendam..dan kita seringkali terdengar "ikutlah kata hati,kata hati selalu btul". tapi kadangkala kata hati hanya nafsu jahat semata2.. kita seringkali menyebut dan membaca ayat-ayat suciNya " jangan mendekati zina".. TAPI sejauh mana kita melaksanakannya?? luahan ini, aku sering bertanyakan kepada diriku sendiri kerana diri inilah yang selalu terleka, lalai dan alpa..sentiasa berpesan kepada sahabat2, tetapi kadangkala diri ini juga yang melakukannya..ya Allah, brikanlah aku kekuatan Ya Allah!!



MENGAPA PERLU ADA BATASAN CINTA??kerana Allah terlalu amat menyayangi hanba-hambanya. ya, memang benar cinta itu satu fitrah setiap insan. tapi keinginan yang tiada batasannya akan membawa kepada kehancuran semata2..itulah akibatnya selalu membelakangi Allah..usahlah tertipu dengan pesona dn keasyikkan cinta yang penuh dengan penipuan.. usahlah terpedaya dengan cinta yang dipenuhi dengan pelbagai sumpah dan taat setia..



benar..CINTA ITU BUTA!!.. membutakan mata hati dan mata kepala sehinggakan kita menjadi hamba pdanya..lupalah diri padaNya, lalailah diri dari menunaikan kewajipan kepadaNya..



Dari Abu Hurairah r.a, nabi s.a.w bersabda mengenai zina telah ditetapkan. tidak mustahil dia pernah melakukannya. DUA MATA, zinanya memandang. DUATELINGA, zinanya mendengar. LIDAH, zinanya berkata. TANGAN, zinanya memegang. KAKI, zinanya melangkah. HATI, zinanya ingin dan rindu, sedangkan kemaluan hanya mengikuti dan tidak mengikuti..

(Hadith Sahih Muslim)



''MALU itu sebahagian daripada iman, MALU melakukan maksiat adalah terpuji, MALU berbuat kebajikan adalah keji, MALU di kala ramai tetapi ligat bila bersendirian tanda lemahnya iman, MALU itu sunnah para anbiya', MALU itu pakaian mukmin sejati"

-Ali Al-thantawi-


Thursday, September 3, 2009

Aku dilahirkan buta...

tanggal 1 september, hari Sabtu, seorang lagi khalifah telah dilahirkan ke dunia. dia dilahirkan secara normal oleh ibunya..

ibu n ayah berasa sgt gembira dengan kelahirannya di dunia..seperti biasa bayi tersebut telah diazankan oleh ayahnya..begitulah kewajipan seorang bapa apabila memperolehi cahaya mata yang baru dilahirkan..

bayi itu dijaga dan ditatang seperti minyak yang penuh oleh ibu bapa mereka..menjadi kebiasaan kepada semua bayi yang baru dilahirkan, mata mereka belum lagi dapat terbuka sepenuhnya..

tetapi..

bayi ini luar biasa..walaupun sudah mencecah 3 bulan, matanya belum lagi dpt terbuka..
dia seolah2 cacat..ini membuatkan ibunya terlalu risau dengan keadaan anaknya..berhari2 ibunya melihat wajah bayinya itu dan menunggu mate anknya terbuka..tetapi masih lagi belum terbuka..

sungguh risau ibu hingga mengajak ayah pergi membawa bayi itu ke hospital.. ibu bertanya kepada doktor.

ibu: dr, nape mate ank sy x bukak2 sampai skg?? dah masuk 3 bulan da??
ank sy bole mlihat kan??
dr :jap, sy cek..

Dr pun membuka kelopak bayi tersebut. sungguh terkejut dr apabila melihat ank mate bayi tersebut bergolek2 seperti ingin melihat sekelilingnya.

dr : ade2!! ank awk bole mlihat..tgk 2 ank mate dia!!

algkah terkejutnya ibu n ayah melihat ank mate anknya bergolek2..

ibu : syukur Alhamdulillah!!

dr mengatakan bahawa bayi tersebut bole mlihat tetapi masih belum lagi terbuka disebabkan bayi itu tidak mempunyai kelopak mate..ia akan terbuka, tetapi lambat sedikit..dr mencadangkan kepada ibu n ayah itu untuk membedah mate bayi tersebut..tetapi ayah tidak setuju..

ayah: syukurlah ank kite bole melihat..syukur Allah dah beri mate..ini sume dah ketentuannya.
x payahla nk ubah2..insyaAllah, kejap lagi bole la melihat..

ibu pun bersetuju dengan keputusan ayah..dr hanya mencadangkan, tetapi kate dr, sebelum ini ade juge kjadian ini berlaku, n mate bayi tersebut dibedah, tetapi apabila bayi itu telah dewasa, matenye kembali seperti asal..itulah kebesaran Allah y Maha Bijaksana..

hari demi hari. saat demi saat,detik demi detik, akhirnya mate bayi tersebut terbuka sedikit..
bayi itu bole melihat...sungguh gembira ibu n ayah..

bayi itu membesar seperi sedia kala..menjadi manusia seperti biasa. sempurna anggota badannya.. hanye saiz mate y membezakan antr dia dgn manusia y lain..setiap kali berjumpa dengan orang ramai, mereka akan berkata." adik ngantukke??".. pada mulenye dia berasa sungguh sedih apabila ade yang bertanye begitu..yelah, bukan seorang tetapi kebanyakan org y dijumpainya, sume bertanyekan bgtu...lama-kelamaan, soalan2 itu menjadi kebiasaan pd dirinya.

kini.. dia masih bole lagi melihat seperti org lain..dia bersyukur kepada Allah y telah memberikannya penglihatan yang baik sehingga sekarang..matenye langsung tidak rabun..
Alhamdulillah..

tetapi ade juga keadaan2 yang dia tidak gemar. contonya apabila hendak mengambil gambar pasport atau formal..dia pasti akan dtegur supaya dibesarkan matenye sedikit.. kalau nak diikutkan hatinya y terrrrrlalu SENSITIF, sudah lama dia menangis di situ juge..tapi, nk buat mcm mane.. sudah ketentuannya..

itulah keistimewaannya..kalau dulu,hampir semua orang di sekolah rendah@menengah mengenalinya,dia tidak kesa, asalkan sume orang kenal dgnnya..

begitulah kejadiaaNya y Maha Esa.Dia menjadikan sesuatu dengan ada keistimewaan dan kelemahan..sesungguhnya Dia menciptakan manusia sebaik2 kejadian dan hendaklah hamba2nya bersyukur dengan setiap y ditimpakan keatasnya..

Saturday, August 29, 2009

SOFWATUL HUMAIRA...




sape ek 'sofwatul humaira'??
hmm...juz org2 tertentu jek tau...hehe
famous tau budak2 ni..
kamilah power rangers y terkini... tapi..
tugas kami x same ngan power rangers y kat tv tu..
tugas kami LEBIH BESAR!!
PENYAMBUNG MATA-MATA RANTAI PERJUANGAN RASULULLAH..
nilah usrah kesayangan saya kat darul quran..
ukhwah kami telah diRIBATkan sejak kali pertama kami bertentang mata..
tapi waktu kali pertama kami dipertemukan, sy rase x selesa sbnanye..
"ni ke usrah aku?emm..malunye aku ngan dyorang..rmi budak imtiaz plak 2..ade yang dah hfl kat skolah..y x boleh tahan ngan sorg budak ni..nk tau name nye sape??
'SITI 'AISHAH JAUHARA BT SURTAHMAN'..HUH!!em..mule2, malu sgt nk bsuare ble dlm usrah..hehe..tapi sy sempat gak cari geng sy..hehe..nk tau sape?? 2 ANK IBRAHIM MOHD YUNOS 2 N CT KHADIJAH ABAS..2 la geng sy pd mule2nye..ape yang kami buat mestila x bole bgtau..hehe..tapi ble da lame2, alhamdulillah Allah telah menyatukan hati2 kami.. nilah ukhwah yang btol2 sy penah rase...uhibbuhunna jiddan2..semoga ukhwah yang diikat pd jalan mu ini Ya Allah akan sentiasa berkekalan hingga ke akhirat...Allah telah sebut di dalam kitabnya y mulia.."sahabt2 karib, mereka akan menjadi musuh antara mereka KECUALI org2 y bertaqwa"
'semoga kita menjadi golongan orang2 yang bertaqwa'
amiiiin....

Thursday, August 27, 2009

HUSNUSZON.....


Syeikh Abdul Qadir Al-jailani telah memberikan tips untuk sentiasa bersangka baik sesama insan:


  • jika engkau bertemu seseorang, yakinilah dia lebih baik darimu..ucapkanlah dalam hatimu "mungkin kedudukannya disisi Allah lebih tnggi dan lebih baik dariku"

  • jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu "anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku ini telah banyak bermaksiat kepada Allah, mungkin dia lebih jauh baik dariku"

  • jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu "dia telah beribadah lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku"

  • jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu "drang ini memperolehi kurnia yang tidak akan kuperolehi,mencapai kedudukan yang tidak oernah kucapai, mengetahui apa yang tidak pernah kuketahui dan mengamalkan ilmunya, tentu dia kebih baik dariku"

  • jika bertemu orang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu "orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia tidak tahu,sedangkan aku bermaksiat kepadaNya, padahal aku mengetahui akibatnya,dan aku tidak tahu akhir umurku dan umurny kelak, dia tentu lebih baik dariku"

  • jika bertemu orang kafir, maka ucapkanlah dalam hatimu "aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk islam dan beramal soleh dan boleh jadi di akhir usiaku, aku kufur dan berbuat kejahatan ( na'uzubillahi min zalik)

PUASA KE TAK PUASA NI...






Laungan azan ditunggu dengan pengharapan..


biar bertambah nasi ke pinggan..


biar berjak2 air dituang ke dalam cawan..


TETAPI....


jangan biarkan amal kebajikan haus kekeringan..


di bulan yang pnuh KEBERKATAN...

Sunday, August 23, 2009

hari pertama bersama ramadhan..

alangkah indahnya dan bahagianya hari pertama ramadhan dpt ku sambut bersama keluarga tercinta..saya sampai di rumah pd pukul 2.30 pg..masuk ke rumah slowly2 tanpa mgjutkan emak n ayah..saya lihat ayat terbaring di depan tv n sy terus masuk ke bilik n letak brg..rase x sedap ati plak x salam mak ayah n peluk mrk..sy pun keluar dr bilik n salam dgn ayah..ayah tny "dah salam mak??blum yah.pegila tgk mak" sy pun masuk ke bilik mak n mgjutnya..''mak2,eza dah smpai''..mak terkejut n sy pun salam n memeluk mak...huuu.. da smpai rumah daa..hati kecik sy bkate..emm,,waktu sy msuk ke rumah td, mcm nmpak laksa johor..emm,tgk blik,,btolla!!!mak msk laksa...besnye...ude trus dok ats meja, mkn..tp sy x de slera nk mkn...sy tnye mak..''mak2, klu eza mkn esok, ok lg ke mk??mknla eza...xde sape nk mkn wktu pose ni..."hehe...sy trus msuk ke bilik tido..pd pukul 4.30 sy bgun utk sahur..erk!...alhamdulillah..slpas mgmas, sy get ready utk subuh...rase pnat x hlg lg....selepas menunaikan solat subuh n bace mathurat,,,huhu..tbe2!!(x yah ckpla ape y jd=))..




ptg tu, sy,ude,syafiq n mak pg jusco...byk kami beli, smpai x sedaq da lari budget..huhu..


waktu bbuke sronooook sgt.. sume ank2 sedare ade.. sy smpai x sempat nk nkmati sume juadah sbb melayan kerenah ank2 sedara y ade first time nk blaja pose....meh sy kenalkan ank2 sy..eh! ank2 sedara sy.. slalunye cte kat anje(afiqah) sy je..len kali la sy cte ek..
to be continue..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...