Followers

Sunday, August 22, 2010

3 minggu lagi.............


sedang duduk kesorangan, tiba2 tersentak, dan berkata..
"ya Allah!! tinggal 3 minggu lagi berada di bumi nilai ni!"

terfikir, macam mana la nanti bila tibanya waktu tu..
selalunye aku ni susah nak menerima perpisahan,
waktu nak berpindah dari pj ke nilai pun, macam tu jugak.
berpisah dengan sahabat2 seperjuangan DQ.

2 minggu cuba untuk memujuk diri dan dipujuk oleh adik aishah jauhara.
dia rilek saja.nampak sangat la kan adik saya tu lebih matang dari saya.

hmmm...
macam mana nanti???

.....................

tiba2, teringat pulak..

ape yang aku dah lakukan sepanjang aku duduk di uia nilai??
adakah aku memberi manfaat kepada kawan2ku?? sahabat2ku??
ataupun aku hanya memberi beban kepada mereka??


tapi bagiku,
banyak yang aku dapat bersama sahabat2 di nilai..
mereka umpama adik beradik bagiku..
tempat aku gembira, meluahkan kesedihan..
seronok bersama adik beradik yang sentiasa memahami dan mengasihi..
walaupun penat bekerja, tetapi ukhwah atas dasar aqidah ni dapat mengatasi segalanya..


sayang kamu semua kerana Allah...
terima kasih kerana sudi menjadi sahabat kepada Nurfaezza binti mohamad.

terima kasih kerana sudi menerima segala kelemahan & kecacatan ku sebagai seorang yang bergelar insan.

kesensitifan aku..

gurauan aku yang terlebih2(hehe)

terima kasih & asif 'ala kulli hal..


sekarang ni aku harus memikirkan pula bagaimana aku di gombak nanti..

semoga aku sentiasa thabat di dalam perjuangan..

bersediap sedia untuk terbang ke gombak!!




























Monday, August 16, 2010

الهاتف الجوّي


assalamualaikum w.b.t.
bismillah walhamdulillah.
macam biasa, semoga sahabat2 sentiasa berada dibawah jagaanNya selalu=)

kali ni saya menulis saje2.
namapak tak gambar di bawah ini??
hp siapakah ini??


da buruk kan?? (cakapla ye=))
saya nak mintak abang saya beli hp baru untuk saya ni.
hp ni da 2 tahun da sejak saya berada di sem ke-2 di Darul Quran.
hp ni hp ke-3 yang ayah saya beli untuk saya.
nak tahu mane lagi 2???
ha.........

da pukul 6.10 ptg, baru lepas selesai mengedit wajibat nahu.
sedih2 kene marah dengan ustazah,
semoga yang kali ni punye diterima oleh ustazah.
pliz ustazah~

Saturday, August 7, 2010

ayuh kembali ke sekolah!


salam alaik sahabat2!=)
saya muncul lagi dengan senyuman kali ni.
Alhamdulillah~
hari ni, kalau nak diikutkan rancangan yang telah dirancang bersama sahabat saya,
nak keluar uia pukul 7.huhu.
rancangan hanya tinggal sekadar rancangan=)
kami keluar pada pukul 11.30 pagi, nak keluarkan duit la, beli susu la, macam2.
kami pun menaiki teksi, dan terus ke stesen komuter.
sampai2, punyela ramai orang beratur, kami pun beratur dan membeli tiket,
sedang menunggu tren datang, kami sempat bersarapan di tepi tangga,
sedang elok2 bersarapan, saya terpandang satu pasangan (mestila lelaki & perempuan kan) sedang berpelukan,huh!
nak kate sejuk, tak rase plak sejuk,huhu..(husnuzzon)
saya pun menyuruh sahabat saya pandang jugak, "masyaAllah!!" katenye.
saya kate pulak"hilang al-Imran syeikh!!"hehe..
setelah beberapa daqiqah, tren pun sampai, kami tak dapat duduk,
tapi, la baksa, sekejap je sampai ni..
setelah sampai de stesen seremban, kami pun membeli sedikit makanan untuk di bawa ke tempat destinasi..
dengan menaiki teksi, alhamdulillah, sampailah kami ke sana..

inilah tempat yang saya & sahabat telah pergi..
SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID
saya tak pergi funfair, rumah hantu@ pc fair ye..
lagi satu,bile sebut sekolah ni, agak2 dapatla tahu kan siapa sahabat saya ni..
~Saiyidatus-Sakinah Mohd Aizan~
ni lah adik saya=)

Alhamdulillah, bile sampai je kat depan pagar, terus teringat zaman persekolahan yang sudah lama ditinggalkan.
banyak kenangan bersama kawan-kawan dan guru-guru~
kalau kata nak belajar balik, tak nak la kan,
tapi nak bersama balik dengan kawan2 & guru2 tu ye..
kami pergi ke sekolah ni sebab sahabat saya nak tengok adek2 usrahnya..
saja mengisi masa cuti saya dengan mengikut sahabat saya ni..
daripada merayau kemana2 tak tentu pasal kan=)

elok kami sampai, azan berkumandang & saya dan sahabat pun pergi ke musolla.
dalam perjalanan ke musolla, sempatla mengambil beberapa gambar di sekolah SHAMS ni.
maklumla, sekolah korporat la katekan, cantik~

kolam air yang tenang..
bukan tempat wudhu' ye=)

setelah solat, kami membaca quran seketika sambil menunggu adik2 datang ke musolla.
pukul 2.15, adik2 pun datang..membuka majlis dengan al-Fatihah.
sedang asyik bertanya khabar dan berbual2 bersama adik2,
terdengar satu jeritan yang mengejutkan. "diamlah!!ni musolla!"
hehe, kene marah rupenye dengan seorang min..
huhu, terkejot tak terkata..tak sedar rupenye kami menimbulkan kebisingan.
(kenangan lucu di SHAMS yang x boleh dilupakan).
setelah sesi penggorengan selesai (hehe, sori kinah)
kami pergi berjumpa sahabat2 yang lain yang berada di dorm..
setelah itu, kami bertolak pulang..
sampai di terminal, kami membeli barang & makan tengahari.
kemudian bertolak pulang~

Alhamdulillah, Sabtu kali ni saya dapat mengisi masa cuti saya dengan perkara yang bermanfaat.
daripada dok sibuk menangisi nasib diri yang tidak dapat pulang ke rumah minggu ni & minggu depan..=)
mak, ayah, jangan risau, eza da tak sedih da..sedih sket adela..hehe
insyaallah, eza balik raye kalau Allah panjangkan umur..
kepada saiyidatus-sakinah, terima kasih menghiburkan hati ini dengan mengajak saya ke sekolah & waktu saya banjir semalam, dia lah yang sibuk bacakan banyak ayat quran yang menaikkan semangat.hehe
~syukran 'ala kulli hal~

Dan bagi sesiapa yang pada saat ini atau pada hari ini kecewa, atau tak de semangat,
percayalah bahawa kamu adalah yang terpilih untuk diuji olehNya.
kamu tidak akan dikatakan beriman kalau kamu tidak diuji.
berbahagialah, kerana Allah masih sayangkan kamu..
chaiyok2 mujahid & mujahidah islam!
sahutlah jual beli yang Allah tawarkan untuk kita!
semoga hati kita sentiasa di bawah peliharaanNya~


"Sesungguhnya Allah membeli orang2 mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan
Al-Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung"
(Surah At-Taubah : 111)

" Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ke medan perang. Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya"
( Surah At-Taubah : 122)

marilah kita sama-sama semangat menambah pengetahuan kita demi ISLAM yang tercinta!
Allahuakbar!!
~wallahu'alam~


Friday, August 6, 2010

mengubat hati yang duka~


salam alaik sahabat2..
semoga sentiasa di bawah jagaanNya~
dan sesiapa yang dapat balik kampung minggu ni atau pertama ramadhan minggu depan,
gunalah masa bersama keluarga sebaiknya.
sebenanye nak kabo kesedihan yang teramat sangat sebab x dapat balik minggu ni &
pertama ramadhan minggu depan.
selalunya ramadhan pertama berbuka bersama keluarga.
tapi, tahun ni Allah x izinkan.
sedih yang teramat sangat.
bile telefon mak, x dapat nak tahan sedih, banjir sudah~
tapi, nak buat macam mane, ade hikmah di setiap ketentuannya~
Dalam surah as-Sajdah, ayat 17, Allah berkata yang bermaksud :
"maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan"

Demi mengubat hati yang lara (chewah), aku telah diajak oleh sahabatku untuk pergi makan bersama2..
sebelum makan, punyelah rancang nak makan aiskrimla, apela, kononnya nak makan makanan yang bes2 la, tapi......
sampai je di satu kedai makan ni, sume hajat2 tadi terbatal,
tiba2 je kami sakit mata apabila membaca menu yang diberi..huhu
ni je la menu2 yang mate kami sedap untuk memandang..

akhirnya tekak memilih untuk makan char kuetiaw

emmm...sedapnye..
quran x lupa dibawa, sebab nak tebuk sahabat irk yang kene hafal al-Imran=)

ni pulak makanan kinah..
mee udang (makanan paling mahal)
air suam ( air paling murah=)

ni makanan soting..
mee bandung utara=)

zimah order nasi goreng sotong (nampak x sotong kat sebelah tu??=)

ha....alhamdulillah, ade la jugak la aiskrim zimah order..
kitorang makan same2..:)

em, makan ala2 adik beradik ni la dapat mengubat hati ni.
bersuap2an, bergelak2an, berbual2an..alhamdulillah..seronok sangat..
agaknya inilah hikmahnya yang Allah tentukan,dapat bersama sahabat2 seperjuangan, mengeratkan ukhwah islamiyyah..
sahabat2 nila menjadi pengubat hatiku, penguat semangat..
terima kasih kinah, mira, soting, n zimah..:)

tapi, waktu perjalanan pulang, kene tegor dengan seorang makhluk,
"kuat merayau"..hehe..sekali sekala la...
alhamdulillah, sempat masuk pagar sebelum pkul 10.00 malam..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...