Followers

Saturday, March 19, 2011

HIDAYAH PERLU DICARI BUKAN IA MENCARI



Dalam post kali ini saya ingin berkongsi perkongsian yang dikongsi oleh BOB LOKMAN dalam kehadirannya di UIA minggu lepas.=)

Kita tertanya2 mengapa dan bagaimana beliau boleh menjadi seperti sekarang. Kita sering mengatakan hidayah itu sememangnya dari Allah, Dialah yang memilih siapa yang Dia kehendaki untuk diberikan hidayah. Tetapi, saya hendak menunjukkan di sini bahawa hidayah,  manusialah yang perlu  mencarinya, bukan hidayah akan bergolek2 datang kepada manusia.

Ini jelas diceritakan oleh BOB LOKMAN dalam ucapannya, “ saya sebelum pergi bekerja, saya solat subuh, wirird, dan saya pergi kerja, saya ingat apa yang saya buat selama ni da cukup”. Ini menunjukkan sebelum BOB LOKMAN menjadi seperti sekarang, beliau sememangnya sudah melakukan kewajipannya kepada Allah seperti yang dilakukan oleh kita, beliau sememangnya meminta kepada Allah supaya menunjukkan padanya jalan yang lurus, supaya segala amalan yang dilakukan setiap hari halal dan diterima oleh Allah. Dari ucapannya juga, saya boleh tahu bahawa beliau telah lama menambah bahan bacaannya dalam bidang agama, segala ayat2 yang dituturkannya  saya boleh kira seperti penceramah yang sudah lama berkecimpung dalam hal2 agama, seperti tidak percaya yang beliau pernah berkecimpung dalam bidang hiburan, Raja Lawak dan sebagainya. Kadang2 saya fikir dia mempunyai ilmu agama yang tinggi daripada saya.

Tetapi dari apa yang saya dengarkan dari ceritanya, sebelum ini, beliau tidak diberikan kekuatan oleh Allah untuk berbuat sedemikian, sehinggalah Allah melihat usahanya untuk mencari hidayah, akhirnya Allah memberikannya kekuatan kepadanya seperti sekarang ini. Maha Hebat Allah. Maha Pengasihnya Allah menunjukkan jalan yang benar kepada hamba-hambaNya.  Tetapi siapakah gerangan hamba-hambaNya yang layak untuk diberikan hidayah?? MEREKA ADALAH GOLONGAN YANG SENTIASA MEMINTA DIBERIKAN HIDAYAH. Tetapi untuk golongan yang sebaliknya, harus (tidak mustahil) juga bagi Allah untuk memberikan hidayah kepada mereka.

Saya tertarik juga dengan apa yang dikongsikan oleh BOB LOKMAN, bahawa menjadikan islam adalah cara hidup bukanlah hanya sebagai ADAT, tetapi sebagai SYARAT UNTUK BERJAYA DUNIA & AKHIRAT. Seperti  yang dikatakan oleh UMAR AL-KHATTAB bahawa Allah memuliakan kita dengan islam dan sekiranya kita mencari jalan yang lain untuk mendapatkan kemuliaan, maka Allah akan menghina kita dan inilah fenomena yang berlaku sekarang. Contoh yang beliau berikan, di tv, “ bagus dah, ada rancangan IMAM MUDA, tiba2 iklan pulak iklan Adibah Noor pasal tuala wanita, baru belajar pasal solat, dah hadas besar dah???”huhuhu..(lawak2)..ADAT asalkan ada rancangan agama. Contoh lainnya, “ dalam sekolah, ada surau, antara sekolah dan surau mana lagi besar?? (jawap kami : sekolah), agak2, berapa kali pelajar2 kene gilir2 nak solat zohor?? ADAT asalkan ada surau...INIKAN YANG BERLAKU SEKARANG??

Kata BOB LOKMAN, sekarang, anak2nya semua dipindahkan di sekolah yang suraunya lebih besar dari sekolahnya. Agak2 sekolah apa?? =) sekolah tahfiz. Semua anak2nya kini bersekolah di masjid mengambil tahfiz. Seronok mendengar perkongsian BOB LOKMAN, tak kering gusi. Itulah kelebihan yang Allah berikan pada makhluk yang satu ini. Inilah salah satu daya tarikan BOB LOKMAN untuk mengajak orang ramai mengikutinya.

Saya ingin menyuarakan pendapat saya apabila melihat scene BOB LOKMAN mengisytiharkan perletakan jawatannya sebagai pengkritik Raja Lawak. Apabila saya melihat di you tube, saya baca komen2 yang ditujukan kepada BOB LOKMAN, ada yang mengutuk beliau, lebih kurang gini ayat dia “ buat apelah nak insaf bagitahu orang2 ramai, sampai naik stage, insaf senyap2 sudahlah!!”. Bagi saya, apabila BOB LOKMAN berbuat sedemikian, saya teringat kisah ASHABUL UKHDUD di mana seorang budak lelaki yang ingin menegakkan kalimah “LA ILA HA ILLALLAH”, di saat beliau hendak dihukum bunuh oleh raja, beliau sempat memberikan syarat kepada raja untuk membolehkan dirinya dibunuh dengan menyuruh raja tersebut mengumpulkan seluruh rakyat dan melontarkan panah sambil berkata “ DENGAN NAMA ALLAH DAN TUHAN BUDAK INI” . Mengapa budak lelaki ini berbuat demikian?? Kerana beliau mahu walaupun beliau mati, tetapi dengan kematiaanya seluruh rakyat menyembah Allah yang Esa. Pada pendapat saya, begitulah jua yang dilakukan oleh BOB LOKMAN. Semoga sesiapa yang melihat scene beliau sedar bahawa HIDUP DI DUNIA HANYALAH PERSINGGAHAN UNTUK KE AKHIRAT YANG KEKAL SELAMANYA DAN JADIKANLAH ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP, AGAR BERJAYA DALAM SETIAPA APA YANG KITA LAKUKAN.

WALLAHUA’LAM.

1 comment:

سيدة السكينة محمد عيزان said...

Assalamualaikum
heheh .. Alhamdulillah,sorang artis da dapat HidayahNya.. semoga Allah berterusan melimpahkan hidayahNya kepada kita.. kadang2 terfikir.. mampukah kita mendapat hidayah Allah sedangkan waktu azan berkumandang kita tidak berlarian menuju ke sejadah .. Allahu Robbi ..Semoga Allah sentiasa mengampunkan hambaNya ini ..
~SaiyidSufi~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...