Followers

Wednesday, July 20, 2011

2 CIRI2 PENTING SEORANG PEMIMPIN : القويّ الأمين




"Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), Karena Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang Kuat lagi dapat dipercaya".                                                                                   (surah Al-Qasas :26)

Ayat ini telah disebut oleh salah seorang anak perempuan nabi Syu’aib kepada nabi Syu’aib tentang nabi Musa ‘alaihissalam. Mengapa beliau berkata nabi Musa seorang yang KUAT & DIPERCAYAI??




Dalam buku “فصص الأنبياء عبرة لأولي الألباب” karangan Abul Fidaa’ Ismail bin Katsir Al-Quraisy (IBNU KATHIR) telah menceritakan bagaimana perjumpaan Musa ‘alaihissalam dengan dua perempuan.
Ketika Musa ‘alaihissalam sampai ke satu sumber air di Madyan, beliau melihat sekelompok manusia yang sedang mmberi minum kepada gembalaan mereka. Di antara mereka, Musa ‘alaihissalam terlihat dua orang perempuan yang sedang menunggu giliran mereka untuk member minum gembalaan mereka tetapi mereka duduk agak jauh dari sumber air tersebut.

Musa ‘alaihissalam bertanya : “kenapa kamu berbuat begitu?” kedua perempuan itu menjawab : “kami tidak boleh member minum kepada ternakan kami hingga mereka menyelesaikan pekerjaan mereka. Sedang ayah kami telah lanjut usianya”. Jawapan itu satu keluhan dari mereka kerana mereka tidak akan dapat memberi minum ternakan sehingga para pengembala lain selesai. Dan mereka melakukan pekerjaan tersebut kerana ayah mereka sudah tua. Maka Musa ‘alaihissalam menolong mereka memberi minum kepada ternakan mereka.


Kenapa Musa ‘alaihissalam dikatakan القويّ  ??

Para ahli tafsir mengatakan bahawa kebiasaan bagi para pengembala (lelaki), jika mereka telah selesai memberi minum ternakan mereka, mereka akan menutup perigi mata air itu dengan batu besar. Setelah mereka pergi, barulah anak dua gadis itu boleh memberi minum ternakan mereka. Pada hari itu, Musa ‘alaihissalam lalu di sana, dan tergerak hati baginda untuk membantu mereka. Baginda mengangkat batu besar itu sendirian dan barulah dua anak gadis itu memberi minum ternakan mereka. Setelah selesai Musa ‘alaihissalam menutup perigi itu semula.

Umar al-Khattab mengatakan bahawa berat batu tersebut tidak mampu diangkat kecuali menggunakan tenaga 10 orang tetapi Musa ‘alaihissalam mampu mengangkatnya tanpa bantuan orang lain.


Setelah itu, Musa ‘alaihissalam berehat di bawah rimbunan pokok. Di bawah itu lah baginda mengadu kepada Allah “wahai tuhanku! Sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan dariMu” . Sejak bertolak dari Mesir, Musa ‘alaihissalam belum menikmati sebarang makanan pun kecuali dedaunan dan sayur-sayuran. Ditambah pula, baginda tidak memakai kasut sehingga tapak kakinya melecet akibat kepanasan. Ketika baginda berehat di bawah pokok, Musa ‘alaihissalam berdoa.


Kenapa Musa ‘alaihissalam juga dipanggil الأمين ??

Sewaktu Musa ‘alaihissalam mendapat undangan untuk mengadap ayah perempuan itu, mulanya anak perempuan itu, mulanya perempuan itu berjalan di hadapan Musa ‘alaihissalam. Baginda berkata “sebaiknya kamu berjalan di belakangku. Jika aku salah jalan, kamu boleh memukulkan tongkat padaku agar aku mengetahui kea rah mana jalan yang benar”.  Ada juga sebahagian ahli tafsir lain mengatakan ketika itu, angin bertiup terlalu kuat sehinggakan kain perempaun itu terselak2, lalu Musa ‘alaihissalam menyuruh perempuan itu berjalan di belakangnya.

Begitulah 2 ciri penting yang wajib ada pada seorang yang bergelar PEMIMPIN.
القويّ dan الأمين

3 comments:

Ar. Izzuddin Zakaria said...

terbaik gak artikel ni..teringat mse 'ari tu'..kesan tnah kt suar pon x ilang lg..

Tenang said...

hehe.. kesan tanah merupakan saksi pengorbanan dan perjuangan kita! :)
parut di tangan masih ada.. semoga dengan parut itu,akan membuat kita sedar,MAHAL NYA SYURGA!
Terbaekkkkk kak ! :)

nurfaezza said...

hehe..sabo ye tok penghulu, kami waktu tu selamatkan kamu dengan derdoa..huu...betol la cik tenag..jangan kasi hilang parut tu..jangan letak ubat!!huu..:)
حفّت الخنّة بالمكاره وحفّت النّار بالشّهوات

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...