Followers

Sunday, September 20, 2009

...ZaHiR & BatiN



salam eid mubarak...


Di sini sy ingin berkongsi satu cerita pada zaman Rasulullah berkenaan zahir& batin..


Bukan mintak maaf je kene zahir&batin..WUDHU' pun ade ZAHIR&BATINnye..




Suatu hari, Islam bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim al-Hassam dan bertaya : "wahai Aba Abdurrahman, bagaimnakah caranya tuan solat??




Hatim brkata : "apabila ,masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin..


Isam bertanya : " bagaimanakah wudhu' zahir & batin itu??


Hatim berkata : " wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. sementara batin ialah mebasuh hati dari tujuh perkara tersebut :






  1. Bertaubat


  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan


  3. Tidak tergila2kan ndunia


  4. Tidak mengharapkan pujian orang


  5. Tidak riya'


  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu


  7. Meninggalkan sifat dengki


Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan seolah2 aku sedang berhadapan dengan Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku dan aku bayangkan pula seolah2 berdiri di atas titian siratul mustaqeem dan menganggap bahawa solatku kali ini ada;ah solat terakhir bagiku. kemudian aku brniat dan bertakbir dengan baik.



Hatim menyanbung lagi : "setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku fham maknanya. kemudian aku rukuk dan sujud dengn tawadu', aku bertasyhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas..beginilah aku bersolat selama 30 tahun..



MasyaAllah..subhanallah..selama aku mengerjakan solat 5 waktu sehari, adakah itu semua diterima Ya Allah?! ataukah itu semata2 demi memenuhi arahanmu Ya Allah?!.. Semoga amalan-amalan yang telah kita lakukan , kita hadirkn hati kita, roh kita, tubuh badan kita HANYA KERANA ALLAH S.W.T...insyaAllah..



Imam al-ghazali tlah berkata : "kehadiran hati ilah roh atau jiwa solat"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...