Followers

Thursday, December 23, 2010

IKHTILAT ANTARA LELAKI & PEREMPUAN

Berikut adalah beberapa keperluan yang dianggap megharuskan ikhtilat antara lelaki &perempuan :

1. IKHTILAT KERANA URUSAN JUAL BELI YANG DIBENARKAN OLEH SYARA'l
    
    Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa urusanjual beli, tawar-menawar, memilih barang.


  2. IKHTILAT KERANA MELAKUKAN KERJA KEHAKIMAN
      Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain HUDUD di sisi Hanafiah & semua             
       perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah maklum kerja kehakiman ini mengandungi
       percampuran antara lelaki dan perempuan yang terdiri daripada pendakwa,
       tertuduh, saksi dan lain-lain.

3. IKHTILAT KERANA MENJADI SAKSI

    Islam mengaharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkenaan dengan harta dan hak2nya. seperti yang
    dinyatakan oleh Allah dalam ayat akhir surah Al-Baqarah.

4. IKHTILAT KERANA AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR

    Ibnu Hazim telah  menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik
    al-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki
    ketika menjalankan tugasnya.

5. IKHTILAT KERANA MELAYAN TETAMU DAN JIKA PERLU MAKAN BERSAMANYA

    Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'ie seperti memuliakan
    tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari,
    ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah s.a.w dengan meghidangkan
    makanan dan menuangkan minuman untuk baginda.


6. IKHTILAT DALAM KENDERAAN AWAM

    Harus bagi wanita keluar rumah kerana urusan kerja yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur
    dengan lelaki ajnabi, meskipun dia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan percampuran
    dengan penumpang lain dalam kalangan lelaki ajnabi. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan syar'ie.


7. IKHTILAT KERANA KERJA-KERJA JIHAD

    Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya.
    Semua perkara tersebut adalah diharuskan oleh wanita kerana mashalah syari'ah. Bukhari  menyebut
    dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Nabi s.a.w merawat pesakit,
    memberi minum, dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

8. IKHTILAT UNTUK TUJUAN BELAJAR ATAU MENDENGAR NASIHAT

    Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan
    bahawa Rasulullah s.a.w keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai
    solat, baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka
    bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...