Followers

Sunday, January 2, 2011

TENGOK WAYANG NAK??


Suatu ketika dahulu, waktu aku di sekolah menengah (cuti sekolah ),
aku pernah diajak oleh ude ( abang pertama ) pergi menonton wayang bersama emak dan syafiq (adek). 
( cerita : Jangan Pandang Belakang )
waktu tu, aku rasa senang untuk menerima ajakan ude sebab waktu tu belum
bertubung labuh.
Lagi satu, sebab dengan family kan, mestila boleh.( tanggapan aku ).
Pada petang itu, aku pun pergi tengok wayang bersama ude, emak n & syafiq.

sewaktu di asrama (kira dah habis cutila ),
pada waktu maghrib biasanya akan diadakan kuliah maghrib 
dan akan menjemput ustaz/ustazah untuk memberi ceramah.
Tiba2, sewaktu sesi soal jawap bersama ustazah, ada seorang pelajar bangun dan bertanyakan soalan.
"ustazah, apa hukum tengok wayang, walaupun dengan keluarga??"
Ustazah terus menjawap, "HARAM, tengok wayang walaupun bersama keluarga"
dan seingat aku ustazah memberi amaran kalau2 ada pelajar SMAKJ yang pergi, "siaplah!!"
Tersentak aku mendengar ustazah berkata begitu.
Sejak hari itu, aku nekad x nak dah pergi lagi walaupun dengan keluarga.
AKU NEKAD!!

....................................................

Sejak aku dah masuk CFS ni, Alhamdulillah, kejadian ni x pernah berulang lagi
sehinggalah aku menjejakkan kaki ke UIA GOMBAK,
minggu lepas aku balik ke rumah ude di Cheras Jaya.
Sampai je di rumahnya, ude berkata " eza, nak pegi tengok wayang x??eza belanja syafiq tiket eh??"
huis...terkejot aku ude tanye macam tu. x tahu nak jawap apa. 
aku diam seketika. ude sambung lagi " ude belanja emak, eza belanja syafiq, ok x???"
alamak....ude tanye lagi. dan aku diam lagi.

Aku pun mencapai handphone, & menaip mesej untuk bertanya kepadaseorang kawanku,
dia pulak x balas2, ude sudah beberapa kali melihat ku x tentu arah.
aku pun pergi naik ke atas untuk solat ASAR, 
setelah solat, emak datang kepada ku dan bertanya

emak      : eza x nak pergi ke??
aku         : xnak la mak, ayah bagi mak pegi ke??
emak      : emak x kesah je, x pergi pun xpe, ude tu ha yang ajak..eza x nak teman mak ke??

emm, aku pun berfikir seketika. 

aku        : ha mak, ape kate, kite ajak ayah makan luar je, nanti mesti ude x jadi ajak pergi tengok wayang
emak     : eza la cakap dengan ayah
aku        :  ok, eza cakap

 aku pun turun ke bawah semula dan duduk di sebelah ayah.
aku x tahu nak cakap macam mana, sebab ude ada di sebelah, 
duduk atas kerusi.
aku pun datang dekat pada ayah dan berbisik
" ayah, jomla malam ni kita makan luar, nanti ude x ajak tengok wayang"
ayah : " x dengarla..."
emh..aku mencapai hp, n taip mesej dan aku bagi ayah baca..
ayah pun bersuara " xnak makan luar malam ni??"
huh, dah rasa lega sket.
ude pun jawap " la,,makan luar eza bile2 bole ude nak ajak, tengok wayang xsempat..
tinggal esok je"
huh,,x sangke aku jawapan ude..
bertambah lagi kegelisahan aku.

aku pun bertanya seorang lagi sahabatku,
Alhamdulillah, kali ni sahabat yang ini menjawap.
dia kata boleh pegi tengok wayang bersama keluarga.
aku pun dengan rase x sedap hati, menjawap pada ude " eza pegilah ude"
hu..xsedap sungguh rasa hati..tapi mengenangkan emak dan ude, 
aku pergi jugak akhirnya..

ude pun terus mencapai kunci kereta untuk pergi membeli tiket.
dalam masa yang sekejap sahaja, ude balik.
bersyukur x terhingga aku bila ude kate "xde rezeki la..tiket da habes"
Alhamdulillah, aku berkata dalam hati dan tersenyum.
hati ku kembali senang...=)

hari ini, sedang aku membaca wall fb, aku melihat satu note,
HUKUM TENGOK WAYANG.
dan aku nak kongsikan di POST SELEPAS INI buat siapa2 yang bermasalah macam aku..
sila lah baca ye sahabat2..
SEMOGA BERMANFAAT PADA KALIAN..














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...