Followers

Thursday, July 21, 2011

الاستقامة تدلّ على الإخلاص


سمعت إلى المذياع عن هذه الآية. "الاستقامة تدلّ على الإخلاص" . ما معناها؟؟ الأية عبارة عن الأعمال، إذا عملنا دائما في حياتنا اليوميّة واستقامة، نمكن أن نقول تلك الأعمال، عملنا بالإخلاص. أأنتم توافقون برأيي؟؟

hehe..dah lame sebenanya x praktikkan bahasa arab..
da semakin karat bila cuti panjang2 ni..
apa yang saya nak sampaikan di sini, 
mengenai ISTIQOMAH.
sesuatu pekerjaan, bila mana ia dilakukan secara konsisten ia
 menunjukkan kita ikhlas mengerjakannnya.

sebagai contoh, 

IBU YANG BAIK, 
walau macam mana sibuk pun dia mendidik, menegmas rumah, 
menyediakan segala kelengkapan,
dia akan melakukannya setiap hari.
itulah pekerjaannya setiap hari.

AYAH YANG BAIK juga,
walau macam mana sibuk dan penat pun dia mencari nafkah untuk keluarganya,
namun, dia tidak pernah berhenti dari mencari menafkah.

ITULAH TANDA SESEORANG ITU IKHLAS MELAKUKAN PEKERJAAN DAN TUGAS MEREKA.

ada sebuah kisah seorang hamba Allah pada zaman Rasulullah s.a.w, namanya Bilal bin Rabbah.
seperti yang kita ketahui, Bilal ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w, 
melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat.
dan seperti mana yang kita ketahui juga,  Bilal ialah seorang yang sangat hitam
 dan suaranya tidaklah merdu.


Suatu hari, ada seorang hamba Allah, yang sangat kacak dan mempunyai suara yang merdu datang kepada Rasulullah. Beliau datang kepada Rasulullah kerana beliau ingin 
menggantikan Bilal melaungkan azan.
Beliau merayu kepada Rasulullah untuk melaungkan azan dengan menyatakan beliau mempunyai suara yang merdu. Setelah mendengar rayuannya, Rasulullah pun mengizinkan hamba Allah itu melaungkan azan pada waktu Subuh, esok hari.

Keesokan harinya, Hamba Allah itu pun melaungkan azan seperti yang diminta olehnya. 
Setelah mengerjakan solat Subuh berjemaah, Rasulullah pun ingin pulang dan dalam perjalanan pulang, baginda bertemu dengan malaikat JIBRIL. 


malaikat Jibril bertanya kepada Rasulullah
"kamu tidak solat subuh kah hari ni??"
Rasulullah menjawab "kami baru sahaja selesai mengerjakannya"
Jibril : "siapa yang melaungkan azan hari ni??kami penduduk langit tidak mendengar laungan azan pagi ini"
Rasulullah menjawap "hari ni memang bukan Bilal yang melaungkan azan tetapi orang lain".

wallahua'lam.


1 comment:

سيدة السكينة محمد عيزان said...

Allahu Robbi :(
Semoga nama kita menjadi perbualan ahli langit,bukan masyarkat dunia ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...