Followers

Saturday, August 7, 2010

ayuh kembali ke sekolah!


salam alaik sahabat2!=)
saya muncul lagi dengan senyuman kali ni.
Alhamdulillah~
hari ni, kalau nak diikutkan rancangan yang telah dirancang bersama sahabat saya,
nak keluar uia pukul 7.huhu.
rancangan hanya tinggal sekadar rancangan=)
kami keluar pada pukul 11.30 pagi, nak keluarkan duit la, beli susu la, macam2.
kami pun menaiki teksi, dan terus ke stesen komuter.
sampai2, punyela ramai orang beratur, kami pun beratur dan membeli tiket,
sedang menunggu tren datang, kami sempat bersarapan di tepi tangga,
sedang elok2 bersarapan, saya terpandang satu pasangan (mestila lelaki & perempuan kan) sedang berpelukan,huh!
nak kate sejuk, tak rase plak sejuk,huhu..(husnuzzon)
saya pun menyuruh sahabat saya pandang jugak, "masyaAllah!!" katenye.
saya kate pulak"hilang al-Imran syeikh!!"hehe..
setelah beberapa daqiqah, tren pun sampai, kami tak dapat duduk,
tapi, la baksa, sekejap je sampai ni..
setelah sampai de stesen seremban, kami pun membeli sedikit makanan untuk di bawa ke tempat destinasi..
dengan menaiki teksi, alhamdulillah, sampailah kami ke sana..

inilah tempat yang saya & sahabat telah pergi..
SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID
saya tak pergi funfair, rumah hantu@ pc fair ye..
lagi satu,bile sebut sekolah ni, agak2 dapatla tahu kan siapa sahabat saya ni..
~Saiyidatus-Sakinah Mohd Aizan~
ni lah adik saya=)

Alhamdulillah, bile sampai je kat depan pagar, terus teringat zaman persekolahan yang sudah lama ditinggalkan.
banyak kenangan bersama kawan-kawan dan guru-guru~
kalau kata nak belajar balik, tak nak la kan,
tapi nak bersama balik dengan kawan2 & guru2 tu ye..
kami pergi ke sekolah ni sebab sahabat saya nak tengok adek2 usrahnya..
saja mengisi masa cuti saya dengan mengikut sahabat saya ni..
daripada merayau kemana2 tak tentu pasal kan=)

elok kami sampai, azan berkumandang & saya dan sahabat pun pergi ke musolla.
dalam perjalanan ke musolla, sempatla mengambil beberapa gambar di sekolah SHAMS ni.
maklumla, sekolah korporat la katekan, cantik~

kolam air yang tenang..
bukan tempat wudhu' ye=)

setelah solat, kami membaca quran seketika sambil menunggu adik2 datang ke musolla.
pukul 2.15, adik2 pun datang..membuka majlis dengan al-Fatihah.
sedang asyik bertanya khabar dan berbual2 bersama adik2,
terdengar satu jeritan yang mengejutkan. "diamlah!!ni musolla!"
hehe, kene marah rupenye dengan seorang min..
huhu, terkejot tak terkata..tak sedar rupenye kami menimbulkan kebisingan.
(kenangan lucu di SHAMS yang x boleh dilupakan).
setelah sesi penggorengan selesai (hehe, sori kinah)
kami pergi berjumpa sahabat2 yang lain yang berada di dorm..
setelah itu, kami bertolak pulang..
sampai di terminal, kami membeli barang & makan tengahari.
kemudian bertolak pulang~

Alhamdulillah, Sabtu kali ni saya dapat mengisi masa cuti saya dengan perkara yang bermanfaat.
daripada dok sibuk menangisi nasib diri yang tidak dapat pulang ke rumah minggu ni & minggu depan..=)
mak, ayah, jangan risau, eza da tak sedih da..sedih sket adela..hehe
insyaallah, eza balik raye kalau Allah panjangkan umur..
kepada saiyidatus-sakinah, terima kasih menghiburkan hati ini dengan mengajak saya ke sekolah & waktu saya banjir semalam, dia lah yang sibuk bacakan banyak ayat quran yang menaikkan semangat.hehe
~syukran 'ala kulli hal~

Dan bagi sesiapa yang pada saat ini atau pada hari ini kecewa, atau tak de semangat,
percayalah bahawa kamu adalah yang terpilih untuk diuji olehNya.
kamu tidak akan dikatakan beriman kalau kamu tidak diuji.
berbahagialah, kerana Allah masih sayangkan kamu..
chaiyok2 mujahid & mujahidah islam!
sahutlah jual beli yang Allah tawarkan untuk kita!
semoga hati kita sentiasa di bawah peliharaanNya~


"Sesungguhnya Allah membeli orang2 mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan
Al-Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung"
(Surah At-Taubah : 111)

" Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ke medan perang. Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya"
( Surah At-Taubah : 122)

marilah kita sama-sama semangat menambah pengetahuan kita demi ISLAM yang tercinta!
Allahuakbar!!
~wallahu'alam~


1 comment:

سيدة السكينة محمد عيزان said...

Ya Allah ustazah..malu la ana..letak name..heheheh..pape pon..teruskan menulis..semoga bermanfaat buat kite semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...